Friday, August 16, 2013

Ini KEMENTERIAN AKU!

Apa yg RAKYAT sibuk dgn PERLANTIKAN ANAK AKU sebagai PEGAWAI KHAS aku??Ini KEMENTERIAN AKU!Aku MENTERI dan semua KEPUTUSAN ada lah HAK AKU!apa HAK kamu wahai RAKYAT??56 tahun kamu sudaj diPERLEMBUKAN tak nampak ke!!AKU TUAN!!kau ikut aja apa yg aku KATA!jgn buat apa yg aku BUAT!!faham???..


Nazri: Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.

Beberapa pihak mendakwa tindakan itu merupakan satu perbuatan nepotisme.

“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan satu muzium patung lilin di Shah Alam hari ini.

Katanya beliau tidak mengendahkan pandangan seperti itu kerana beliau dipilih secara sah dan masih dilantik sebagai menteri.

“Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.

Nazri berkata anaknya tidak terlibat dalam kerja-kerja kementerian dan hanya membantu beliau mengatur acara untuk beliau berhubung dengan pengundi muda di kawasannya. - Malaysiakini

Dah terkena batang hidung sendiri boleh pula nk spin. Sejak bila staff2 di bawah kementerian2 kerajaan ada tidak dibayar gajinya oleh gomen. Tak kanlah bayar kai duit sendiri kot. Kaya betol ko nazri. 'PENIPUAN DIUTAMAKAN, RAKYAT DIPERDAYAKAN'!!!! -~Arabic~

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular