Monday, August 12, 2013

Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk', kata Anwar.. Karpal Minta Kuan Yew Jaga Tepi Kain Sendiri

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.


"Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media di Pulau Pinang.

Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

"Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal.

Lee menerusi buku bertajuk “One's Man View of The World” yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia.

Dalam isu yang sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata pandangan Lew Kwan Yew bahawa Demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya merupakan pandangan yang salah dan tidak relevan dengan zaman.

Mohamad Sabu menyifatkan pandangan yang dibuat Bekas perdana Menteri Singapura itu Lee Kuan Yew berdasarkan pandangan lama ketika pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir. -  TMI

Anwar Ibrahim Sanggah Lee Kuan Yew
Pandangan Lee Kuan Yew 'lapuk', kata Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemikiran Lee Kuan Yew berhubung politik berteraskan kaum dalam buku terbaru bekas perdana menteri Singapura itu, 'One Man's View of the World' merupakan pandangan "lapuk".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula tidak menunjukkan keupayaan untuk melakukan pembaharuan ke atas Umno, kata Anwar lagi ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung politik Malaysia.

Anwar berkata, beliau melihat bahawa Lee kurang kefahaman dari segi politik berasaskan kaum dan Najib pula kurang keazaman untuk memahami sentimen rakyat Malaysia.

"Pandangan Kuan Yew sangat mewakili generasi Mahathir – ia agak lapuk. Beliau selalu melihat kepada dikotomi di antara hak dan kaum, hitam dan putih," kata Anwar.

"Sebagai contoh, beliau bercakap mengenai dasar berasaskan kaum, tetapi mempunyai sedikit pemahaman ke atas wacana yang telah berlaku sejak sedekad lalu," katanya.

Pemimpin PKR itu merujuk kepada kenyataan Lee bahawa dasar berteraskan kaum di Malaysia tidak memberi keuntungan kepada Malaysia.

Lee juga berkata dasar tersebut menyebabkan bakat yang diperlukan untuk membina masyarakat dari pelbagai kaum semakin terhad.

Anwar berkata beliau melihat Lee masih terperangkap dalam zaman ketika bekas MP pembangkang tersebut menentang kerajaan Perikatan, atau ketika ketegangan politik timbul di antara Malaysia dan Singapura.

Katanya, pemikiran Lee itu "tidak relevan dalam konteks masa sekarang".

Anwar berkata, Najib pula menunjukkan bahawa perdana menteri itu "tidak mampu" membawa perubahan yang berkesan.

Najib juga memikirkan bahawa perubahan tersebut hanya akan berlaku selepas beberapa "generasi".

Najib pada minggu lalu bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam buku 'The Awakening" bahawa sukar bagi Umno untuk berubah.

Katanya, Najib nampaknya tidak sedar bahawa Malaysia telahpun merdeka sejak lebih satu abad. - Malaysiakini

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular