Tuesday, August 13, 2013

Sekiranya senjata tersebut lengkap dgn 15 biji peluru tidak ditemui semula bermakna 15 nyawa rakyat malaysia dlm bahaya

Penjenayah Di Malaysia Semakin Bertindak Berani...
The Star melaporkan pistol bersama 15 butir peluru milik seorang Pegawai Polis yang berusia 48 tahun telah dilarikan oleh pencuri ketika beliau tertidur dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam awal hari ini.

Difahamkan bahawa anggota yang berpangkat Sarjan Mejar itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri pengkebumian bapanya di Kelang.

Kira-kira pada pukul 1:45 pagi beliau menghentikan keretanya di tepi jalan berhampiran satu kawasan perumahan kerana keletihan.

Beliau telah menurunkan tingkap keretanya separuh, bersandar pada kerusinya dan melelapkan matanya untuk berehat seketika.

Bagaimanapun beberapa ketika kemudian beliau telah merasakan sesuatu menggoncang pinggangnya dan apabila membuka matanya kelihatan seorang lelaki telah menarik keluar pistol separuh automatik dari sarung dipinggangnya..

Lelaki tersebut melarikan diri dengan menggunakan motorsikal berwarna merah sebelum sempat pegawai Polis itu bertindak terhadapnya...

Take Note !!! : Sekiranya senjata tersebut lengkap dgn 15 biji peluru tidak ditemui semula bermakna 15 nyawa rakyat malaysia dlm bahaya... Nampaknya bertambah lagilah kes tembak selepas ini... Apa nak jadi dgn tanah airku... Benarkah Malaysia ini aman seperti yg diwar- warkan ???....

Polis hilang pistol
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis daripada bahagian jenayah berat kecurian sepucuk pistol bersama 15 butir peluru selepas dia tertidur kerana keletihan dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam pada awal Isnin.

Anggota polis berkenaan sebelum itu memandu pulang dari Klang selepas menghadiri pengkebumian ayahnya pada pukul 1.45 pagi dan memberhentikan kereta di tepi jalan dekat sebuah kawasan perumahan kerana mengantuk.

Laman web The Star Online melaporkan anggota polis itu yang berpangkat Sarjan Mejar menurunkan cermin keretanya separuh serta merendahkan kerusinya lalu tidur.

Tidak lama selepas terlelap, dia dikatakan merasa ada orang menarik pehanya. Apabila terjaga, dia melihat seorang lelaki sedang menarik pistol separuh automatik jenis Walter daripada sarung pemegangnya.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal sebelum sempat pegawai polis itu berbuat apa-apa.

Pegawai polis itu dilaporkan kehilangan pasport, telefon genggam dan wang tunai RM600. Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Shah Alam.

Laman web itu turut melaporkan kejadian disahkan oleh pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular