Tuesday, August 13, 2013

Cara kerajaan tangani isu hina Islam di persoal

Pas mempersoalkan sejauh mana tindakan kerajaan untuk menyelesaikan isu penghinaan agama Islam di negara ini sehingga ia dilihat seolah-olah tidak mendatangkan ketakutan kepada mana-mana pihak.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, walaupun umat Islam akan terus menjaga kesucian agama ini daripada dihina mana-mana pihak, kerajaan seharusnya mengambil langkah lebih jauh supaya persepsi negatif pihak lain terhadap Islam dapat diubah.

“Apa yang dilakukan kerajaan untuk membetulkan salah faham ini, selain mengubah persepsi yang lebih baik terhadap Islam,” katanya.

Beliau turut menggambarkan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang bukanlah penyelesaian tetapi kaedah lain yang lebih bersesuaian juga patut dilakukan untuk melahirkan masyarakat saling menghormati kepelbagaian agama antara penganut di negara ini.

Menyifatkan tindakan menghina agama Islam sebagai perkara sia-sia, Wan Azhar menjelaskan agama Islam akan terus dibela oleh umatnya serata dunia termasuk Pas sekiranya dihina mana-mana pihak termasuk musuh Islam.

“Kalau dikatakan trend baru dalam masyarakat dengan menimbulkan isu sensitiviti bagi membangkitkan kemarahan umat Islam, ia tidak patut dilakukan. Umat Islam sepanjang masa akan jaga kesucian agama daripada diperkotak-katikkan,” katanya.

Beliau dalam nada tegas turut meminta perkara sedemikian dihentikan segera, sama ada secara sedar menyentuh sensitiviti agama atau hanya ‘main-main’.

Jelasnya, isu yang telah lama dimainkan musuh Islam terutama di peringkat antarabangsa memperlihatkan bahawa penentangan yang dilakukan umat Islam bukanlah kecil.

“Apakah isu ini sebagai satu penterjemahan kepada satu tindakan untuk memudahkan kumpulan Islam kepada yang berpadu akhirnya berbeza pendapat.

“Keadaan ini tidak patut berlaku kerana umat Islam tidak berpecah dalam mempertahankan Islam walaupun wujud kelompok kecil berbeza pendapat sama ada mazhab atau siasah (politik),” katanya.

Bagaimanapun dalam alasan lain, beliau tidak menolak kemungkinan isu agama dimainkan pihak tertentu bertujuan menutup isu lebih besar yang berlaku di sekitarnya.

Namun beliau yakin, keadaan itu tidak akan menjadikan rakyat lupa terhadap isu besar yang berlaku, dalam masa sama terus pertahan kesucian Islam daripada dihina musuh Islam.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular