Tuesday, April 19, 2011

RM50 juta untuk emel 1Malaysia


Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.


Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.


Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.


Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada.


Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.


Satu keterangan yang diperolehi media berhubung projek berkenaan menyebut, Projek Emel 1Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan untuk menyemak bil dan bayaran.


Khairun berkata, syarikat berkenaan akan memiliki portal dan infrastruktur emel berkenaan sebaik saja ia siap pada Julai.MK/-

Baru ja berita ni keluar, dah keluar macam komen dari rakyat Malaysia .. antara komen2 ...


1) Gilo apo nak pakai email milik kerajaan. Maklumat dah tak privacy ... hahahaha memang ado yg untung RM bila projek tak boleh ubah nasib rakyat ini dibuat. 

2) buat apa nk bagi email address lagi.. tak pyah la.. tak paham ler.. ini projek nk menghabiskan duit kerajaan. security apa plak lagi. projek yg macam ni la yang buat orang menyampah. project syok sendiri. bolih ke dia orang bagi 100G nye capacity ? 

3) Penting ke kena ada emel ni?Apa kepentingannya?Berapa ramai yg akan gunakan emel ni?Semua orang yg celik IT dah ada emel sendiri rasanya,nak buat apa emel baru?Yang tak celik IT sah2lah tak ambil tahupun pasal emel-emel ni.Jadi buat apa kerajaan nak bukakan akaun emel pada semua orang lebih 18 tahun? Boleh berhubung dengan kerajaan?Kalau pakai emel biasa tak sampai ke kerajaan ke?Nak emel pada kerajaan pasal apa?

Apa lak pendapat korang ttg projek email nie. Adakah akan membazirkan duit rakyat? Lagipun dah byk servis2 email percuma yg ditawarkan oleh syarikat Yahoo! dan Google.



Pelopor projek emel 1Malaysia syarikat bermasalah



Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

1 comment:

Jali said...

Bersetuju dengan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular