Wednesday, August 14, 2013

Kelantan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru, kenang jasa Nik Aziz

Kerajaan negeri Kelantan akan mengenang jasa bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru'.

Menteri besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Nik Aziz dan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

“Semoga idea, pemikiran, ilmu yang selama ini dikongsikan oleh tuan guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai.

“Dengan cara ini, idea atau pemikiran tok guru selama ini sentiasa segar dan dapat dimanfaatkan untuk semua pihak sebagai teras kepimpinan ulama,”katanya.
Insitut itu, katanya, katanya akan memainkan peranan penting untuk menyebarkan konsep pentadbiran ulama.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat itu Nik Aziz akan hadir di pejabat Kota Darulnaim seminggu sekali bagi membolehkan pelbagai pihak bertemu dengannya.

Pada masa yang sama, katanya, beliau juga akan menyampaikan kuliah agama sekali dalam setiap bulan.
Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana menubuhkan institut itu.

Katanya, penubuhan itu sebagai suatu penghormatan kerajaan negeri dan rakyat padanya.
“Insyaallah saya akan penuhi hasrat itu demi untuk Islam, kerana selagi saya hidup, selagi itu saya tetap akan berjuang untuk Islam, untuk masyarakat seluruhnya,” katanya. – 13 Ogos, 2013. TheMalaysiaInsider

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular