Saturday, August 17, 2013

Rumah Mufti pun kena samun...

Rumah Mufti Perlis di Kuching disamun
AUGUST 16, 2013 - Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke Kuching ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi. – Bernama, 16 Ogos 2013.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular