Saturday, August 17, 2013

Jenayah Meningkat : Salah Siapa?

Pemandu lori maut ditembak depan bank di Klang semalam
KLANG 15 Ogos - Seorang pemandu lori maut selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di hadapan Public Bank, Jalan Besar Kapar dekat sini awal pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, S. Sambhath, 26, berada di hadapan bank tersebut bersama tiga rakannya.

Dua suspek memakai jaket hitam dan topi keledar berpenutup muka yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z tiba-tiba berhenti di hadapan bank dan salah seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya.

Tembakan tersebut mengenai pipi dan dada mangsa, rakan-rakannya bagaimanapun terselamat.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular