Wednesday, August 14, 2013

ISA Dikuatkuasakan Semula??

Kerajaan Malaysia mungkin akan menguatkuasakan semula penahanan tanpa perbicaraan, tetapi kali ini dengan pelibatan sebuah panel tenaga profesional bagi memastikan tiada berlaku penyalahgunaan kuasa.

Ini bertujuan untuk menghentikan beberapa insiden pembunuhan yang berlaku hampir setiap hari yang telah menggemparkan negara tersebut baru-baru ini.

isaMenteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dipetik dalam satu wawancara eksklusif beliau dengan Mingguan Malaysia, sebagai berkata bahawa kuasa kementeriannya untuk mengarahkan penahanan tanpa perbicaraan mungkin dialihkan kepada sebuah panel bagi memastikan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan.

“Dalam empat akta yang dihapuskan, iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat (EO), kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri.

“Ertinya ada kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid dalam wawancara itu.

“Bagaimanapun, dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu ada menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

“Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara.

“Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian,” jelasnya dalam akhbar itu, yang diterbitkan kelmarin.

Para pengamat politik, bagaimanpun, menyifatkannya sebagai satu langkah kebelakangf dan bertentangan dengan tuntutan masyarakat sivil Malaysia, agar penahanan individu dengan sewenang-wenang dihapuskan.

Namun, mereka juga berkata bahawa pihak kerajaan harus berbuat sesuatu untuk mengurangkan jenayah.

Kejadian jenayah ganas meningkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini walaupun paras jenayah umumnya menunjukkan trend menurun. buletinonline

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular