Sunday, July 10, 2011

Kelas Mathematik di TADIKA KEMAS unt KPN???


Hari Isnin, 11 julai 2011 bermulalah kelas Mathematik bagi Ketua Polis Negara ( KPN ) di tadika Kemas...

Akibat daripada kegagalan mengira maka ketua polis negara telah menyatakan perhimpunan BERSIH 2.0 telah di hadiri cuma sekitar 6000 org sahaja...

Kebodohan Ketua Polis Negara dalam perkara kira-mengira ini telah menjadi buah mulut kesemua negara dalam dunia dan ianya telah disiarkan oleh akhbar dan media elektronik seluruh dunia

Maka dengan itu Pihak Interpol telah menyarankan kepada pihak kerajaan Malaysia agar Ketua Polis Negara dihantarkan segera ke kelas Mathematik kerana insiden ini bukannya merupakan kesilapan yang pertama dilakukan oleh beliau tetapi telah berulang kali, sehinggakan menjadi bahan lawak jenaKa masyarakat dunia.. - by Umngok Apco


Sehari selepas Bersih, Umno mahu pamer Najib sokongan

July 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Umno mengambil pendekatan segera untuk mempamerkan kesetiaan dan sokongan padu ke atas kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sehari selepas ibu negara “digegarkan” dengan perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.
Tidak sampai 24 jam selepas perhimpunan Bersih 2.0, ibu pejabat Umno menganjurkan program setengah hari, yang menurut pemimpinnya bertujuan “menunjukkan referendum dan sokongan jentera” parti itu ke atas Najib selaku presiden dan perdana menteri.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di sebalik sekatan dan halangan ketat pihak berkuasa di seluruh semalam, yang menurut penganjurnya “sangat berjaya” kerana dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta di seluruh ibu negarav(gambar).
Polis pula menganggarkan hanya sekitar 6,000 orang berkumpul di pusat bandar raya iaitu di sekitar Puduraya dan Dataran Maybank — yang terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka, lokasi perhimpunan menjadi pilihan Bersih 2.0.
The Malaysian Insider difahamkan, majlis hari ini yang diusahakan oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Mazlan, dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana oleh Perdana Menteri Datuk Najib”.
“Ia program saat-saat akhir, dimaklumkan beberapa hari lalu (pertengahan minggu lalu),” kata seorang ketua bahagian kepada The Malaysian Insider.
Seorang lagi ketua bahagian yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, notis pemakluman mula diterima sejak awal minggu ini.
“Kita boleh anggap ini sebagai program menyatakan sokongan dan kesetiaan kepada Datuk Seri Najib, ketika negara berhadapan dengan ujian terbaru ini,” kata beliau merujuk kepada Perhimpunan Bersih 2.0.
Selaku perdana menteri dan presiden Umno, Perhimpunan Bersih 2.0 meskipun pemimpin-pemimpin Umno dan BN menganggap tidak berjaya, tetapi tidak menolak ia juga satu ujian besar ke atas kepimpinan dan pentadbirannya.
Pengkritik Najib menganggap perkembangan sejak 1 Julai lalu termasuk campur tangan istana sebagai satu tamparan ke atas kredibiliti beliau dan ia harus diperbaiki sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ia dilihat menjadi ujian kepada  Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri 27 bulan lalu, ketika sebahagian pemimpin Umno merasakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak sewajarnya perkenan menerima kehadiran sekretariat Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.

"Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".
Dua hari sebelum pertemuan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bertitah agar setiap permasalahan yang timbul termasuk tuntutan Bersih 2.0 sekarang diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
Campur tangan dan nasihat itu tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini, yang mengamalkan sistem demokrasi raja berperlembagaan.
The Malaysian Insider difahamkan semua ketua bahagian dan setiausaha penerangan diminta hadir pada majlis pagi ini.
Selain kepimpinan bahagian, majlis itu akan dihadiri pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan.
SMS daripada ibu pejabat Umno yang dihantar kepada wakil-wakil media memperlihatkan keseriusan program hari ini walaupun ia diaturkan saat-saat akhir.
SMS itu antara lain berbunyi “walau (pun) majlis tutup, rakaman visual atau foto semasa perdana menteri berucap untuk tunjukkan referendum, sokongan padu jentera Umno, pelbagai NGO dan pesilat. Jika melimpah, visual atau foto luar dewan juga menjadi bukti sokongan.”
Pertemuan hari ini juga menurut seorang ketua bahagian akan digunakan sebagai peluang mempersiapkan jentera parti menghadapi pilihan raya umum.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini.TMI 
Komen: 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular