Wednesday, June 22, 2011

trio ‘Datuk T’ dilindungi Peguam Negara??


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya trio ‘Datuk T’ yang berkemungkinan didakwa Jumaat ini akan dihadapkan dengan pertuduhan yang paling minimum.
Ini kerana, kata Anwar, trio berkenaan dilindungi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kita kenal siapa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan rekod lampau (track record) beliau.

“(Saya jangka) dakwaan yang akan dikenakan begitu minimum memandangkan dakwaan ini adalah bersifat politik sahaja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa ceritanya lain.

“Pendakwaan Gani Patail ini, kita jangan pandang serius sangat,” kata Anwar kepada media sewaktu sidang media di lobi Parlimen.

Trio ‘Datuk T’ terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka yang pernah dituduh merogol pelajar sekolah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, dan juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Mereka bertanggungjawab menayang dan mengedar video aksi seks palsu yang cuba mengaitkan Anwar sebagai pelaku utamanya.

Media hari ini melaporkan Shazryl Eskay mengirim SMS kepada mereka memaklumkan beliau dan dua lagi ahli trio ‘Datuk T’ diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta, jam 8 pagi Jumaat ini untuk didakwa. KD

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular