Saturday, June 25, 2011

Gobind: Mana mereka hilang, polis?

teoh family sue macc officer intimidate prontip 050110 gobindAhli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini tampil di ibu pejabat Polis Bukit Aman menyerahkan memorandum berhubung lima lelaki yang didakwa hilang di Sri Kembangan pada 4 April lalu.

Beliau ditemani 10 orang ahli keluarga mangsa dilihat berkumpul di luar perkarangan ibu pejabat Polis itu kira-kira jam 11.50 pagi sebelum beredar kira-kira 30 minit kemudian.


Memorandum dua tuntutan itu diserahkan kepada timbalan pengawal pusat kawalan ASP LV Ariva mewakil Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Dalam sidang media ringkas selepas penyerahan itu, Gobind (kanan) berkata, mereka mahukan pengesahan sama ada kelima-lima lelaki India itu ditahan polis tidak kira di peringkat mana.

Ini kerana jika benar, perkara itu tidak menghormati hak mereka kerana
anggota keluarga patut dimaklumkan di mana lokasi mereka ditahan, tambah wakil rakyat DAP itu.

Dalam tuntutan kedua pula, menurut Gobind lagi, beliau dan ahli keluarga mahukan penjelasan insiden yang disyaki mereka sebagai penculikan itu.

Menurutnya pihak keluarga mangsa juga telah melakukan siasatan sendiri dan telah memberikan maklumat berkaitan serta "bukti" kepada pihak polis.

"Selain itu, pihak keluarga mengesyaki berkemungkinan kelima-lima lelaki ditahan pihak polis," katanya.

Ditanya tindakan selanjutnya, Gobind berkata, beliau akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen pada Selasa depan.

"Saya akan meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyiasat perkara sebenar," katanya. - Mk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular