Memang penat dan kadang-kadang meletihkan. Asyik-asyik politik. Letih kita membaca di Internet – yang itu tidak betul, yang ini salah dan masing-masing tuduh menuduh. Ahli jemaah politik kedai kopi kali ini berseloroh menyelar – seorang pengendali laman web tiba-tiba hadir dalam perbincangan ringkas kali ini.
La..tulislah cerita lain, asyik-asyik politik..politik..politik. Buat lah cerita macam kat Harian Metro – seronok juga baca. Kes sensasi rogol, janda itu kaki cukur, duda itu menipu, gadis Melayu seronok lelaki Bangladesh, abang buat kat adik, adik buat kat abang, nenek kena rogol la...seronok gak baca Internet, katanya sambil tersenyum. Ini tension la...balik-balik tulisan berat-berat.
Biasa la..kalau cerita macam itu Harian Metro juara la. Akhbar-tabloid itu dah ada kan, bacalah di situ. Tapi sekarang ini kat web apa kurangnya, ada apa cerita sensasi – banyak yang siar CD lucah yang tiba-tiba laris di pasaran – di edar percuma pula tu – mengulas macam-macam apa. Banyak cerita sensasi juga – khususnya dalam laman-laman pro UMNO. Buka la, ada cerita apa khalwat, ada cerita mengenai anak luar nikah kepimpinan tertentu, ceramah seks kepimpinan pembangkang – semua ada apa.
Ye tak ye gak. Mungkin cerita – cerita macam tulah yang buat web itu popular. Tapi sebenar aku mengusik aje..nak juga tahu perkembangan politik semasa. Kadang-kadang dahsyat – ambil contoh Ibrahim Ali tu – wah macam pahlawan tapi dalam politik mana ada pahlawan. Nak juga tahu kenapa polis dok diam – mungkin memang rancangan kot.
Ehmmm..sekarang ini ramai yang membaca Internet untuk mengetahui politik semasa. Mereka baca juga web politik yang mirip Harian Metro – penuh sensasi, tetapi bila nak buat keputusan memilih sokongan mereka baca web yang lebih serius membicarakan politik – yang nampak memberi hujah jelas dan nampak kritikal. Ini akan membentuk sokongan. Setakat suka-suka mereka bacalah web yang maki hamun – carut mencarut – cerita skandal seks - tapi itu setakat membaca – tidak membentuk aliran pemikiran. Tapi kalau sebut popular – betul la ..web ini sepopular web Melayu Boleh dan lain-lain web porno. Tapi mampu ke laman ini mengubah pemikiran masyarakat dan mematangkan struktur pemikiran rakyat khususnya dalam membentuk aliran politik baru – yang rakyat semakin peka masa ini.
Ha..ha..ha.. tapi aku dengar kepimpinan UMNO suka web macam tu..senang belasah dan jatuhkan rakan-rakan sendiri sebab berebut tempat.
Dengar gak tapi memilih untuk melihat sejauh mana benda ini serius berlaku. Tapi bukan mereka tidak tahu kot – ini merugikan UMNO – tapi mereka suka, lama-lama jadi budaya dan menguntungkan diri – UMNO siapa peduli kalau diri sendiri dah kaya – simpan aje duit untuk masa-masa hilang kuasa memerintah kot – sambil tersenyum. - umno-reform2
No comments:
Post a Comment