Friday, June 24, 2011

Blogger UMNO Akui "EKONOMI TENAT", Isa Samad "SPIN"..


Isa Samad Perlu Jawab, Bukan beri Ceramah Pasal FELDA
Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad di ingati bahawa FELDA bukan syarikat pemilik persendirian tetapi di miliki oleh Kerajaan Malaysia yang telah melabur di dalam nya.

Dia sebagai Pengerusi adalah atas lantikan daripada Perdana Menteri dan bukan pemegang saham, jadi jawapan Pengerusi Felda sepatutnya pertama kepada Perdana Menteri, kedua kepada Kerajaan Malaysia, ketiga kepada warga FELDA dan seterusnya kepada rakyat Malaysia.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bahawa FELDA patut bangga dapat pinjaman begitu besar daripada KWSP, rakyat hanya akan naik marah kerana itu bukan jawapan yang mereka perlukan. 


Soalan yang di tanya Tan Sri cuba elak ? Kenapa begitu banyak FELDA perlu meminjam ? Ekonomi tengah tenat. Harga barang keperluan tidak menentu. Rakyat tengah susah. Tetapi FELDA meminjam berbillion daripada KWSP ? -  Kritisonline

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular