Friday, June 24, 2011

KJ: Dakwa 'Datuk T' bukti BN tak terlibat..

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan Datuk T didakwa dan mengaku salah atas tuduhan menayangkan video didakwa mirip ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu perkembangan "baik."

Katanya, ketiga-tiga tertuduh itu – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – tahu bahawa mereka telah melakukan jenayah.

Tindakan mendakwa individu berkenaan merupakan langkah penting kerana terdapat pihak tertentu khususnya pembangkang yang mendakwa tiga individu berkenaan, kata Khairy lagi yang kelihatan lega dengan perkembangan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendakwaan yang dijalankan ke atas ketiga-tiga individu berkenaan hari ini atas kesalahan berhubung penayangan video lucah berkenaan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Anwar telah membuat laporan polis ke atas penayangan video berkenaan dan menafikan bahawa beliau merupakan pelaku dalam rakaman tersebut.
Mengulas lanjut, Khairy berkata ketiga-tiga individu berkenaan tetap didakwa walau memakan tempoh masa yang sangat lama.

Jelasnya, langkah itu menunjukkan tidak ada layanan khas diberikan kepada Rahim, Eskay mahupun Shuib.
"Mereka tidak ada kena mengena dengan Umno; dari awal lagi kita kata begitu. Sama ada Eskay berkawan baik dengan Anwar atau bagaimana dia dapat video itu, saya tidak peduli. Itu tidak ada kena mengena dengan Umno," katanya lagi. - Mk

P/S : Hang nak jadi RAJA LAWAK jugak ke KJ? Ha,, ni apa kes? tiada kaitan ke ?
Kes 1 : Baca (SINI)
Kes 2 : Video : Why Najib yang jumpa mereka....kenapa bukan PDRM? Apa rundingan Najib dengan mereka?


Kes 3 : Video fitnah : Eskay marah Anwar tak bantu saman RM20 juta
Pelakunya jelas bukan Anwar. Kalau bukan Anwar, persoalannya adakah persamaan iras wajah antara pelaku dalam video dan Anwar boleh dirungkai.

Tidak mustahil untuk seseorang dipaparkan sebagai individu lain jika segala kepakaran kosmetik dan make up diguna untuk megubah wajah beliau. Teknologi atau kepakaran ini boleh didapati tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya di seberang sempadan iaitu di Thailand.

Tapi sebelum saya merungkai topik ini, mari kita dengar apa yang didedahkan oleh Mohd Mahte Bin Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.

Mahte memberikan petunjuk pertama bahawa video ini mempunyai asal usul dari Thailand. Beliau mendedahkan, akibat marah dengan Anwar kerana tidak membantunya dalam kes saman 20 juta,

Eskay memberitahunya, beliau akan ke Thailand untuk melakukan sesuatu terhadap Anwar.
"Jika saya telefon dia, dia marah marah. Datu Seri Anwar ni tak guna, dah curi duit kita. Ai saya terkejut. Apa pasal duit kita pula. Bukan saya. Saya tak ada kene mengena pun kan. Saya akan buat dia sampai jatuh. Ini ayat dari mulut dia. Ini saya nak balik ni. Saya nak balik saya nak pi siam, saya nak kumpulkan evident evident untuk jatuhkan Anwar. Saya tak kata apa. Inilah perkara yang sebenarnya. Saya Lillahita抋la, tak ada siapa bagi duit pada saya?


Menjadi P Ramlee
Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee. Sumber 


Klip Video Versi Penuh :
Pendedahan Dalang Video Fitnah 1
Pendedahan Dalang Video Fitnah 2 
Pendedahan Dalang Video Fitnah 3
Pendedahan Dalang Video Fitnah 4  


Wally Bandits ‎3 ekoq tu ahli UMNO....BN bukan terlibat cuma UMNO jer yg terlibat...wkakakakaka
8 minutes ago ·  ·  1 person


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular