Monday, August 13, 2012

Anak bekas TPM, sertai PAS


Datuk Tamrin Ghafar, anak kepada bekas timbalan perdana menteri (TPM) Malaysia Tun Ghafar Baba,  menyertai PAS dan menyerahkan borang penyertaannya di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Tamrin sebelum ini telah berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno. 

Tamrin adalah bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka yang kini dinamakan Bukit Katil. Ayahnya, Ghafar, adalah orang kuat Umno yang bersama parti itu semenjak zaman pemerintahan perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan pernah menjadi ketua menteri Melaka dizaman bapa kemerdekaan Malaysia itu. 

Tamrin sebelum ini pernah mendakwa Umno semakin hilang arah daripada perjuangan asal di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. “Umno sudah lari dari perjuangan asal yang mana mendahulukan rakyat,” kata Tamrin dalam sebuah ceramah PR di Kuala Lumpur. “Di bawah Najib, Umno tidak lagi membela rakyat tetapi merampas hak mereka.” 

Pada 26 Jun lalu, Tamrin telah diminta oleh jawatankuasa disiplin Umno untuk menghantar surat tunjuk sebab kerana mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka. 

PAS telah menerima penyertaan keahlian daripada pelbagai golongan seperti bekas pegawai kerajaan, artis dan terbaru bekas orang nombor tiga dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari. 

Tamrin adalah ahli Umno veteran kedua meninggalkan Umno dalam bulan Ramadan tahun ini. Sebelum ini, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, yang juga ahli majlis tertinggi Umno, meninggalkan parti tersebut. Lajim juga merupakan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan ketika meninggalkan Umno. - MI 
Tamrin Ghafar sertai Pas 

SHAH ALAM – Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin akhirnya menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi. Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi. 

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat. 

Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno. Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat. "Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi. 

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau. 

Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu Pas dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh dijual beli. "Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama. "Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk Pas tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Pas," katanya.SH

Sah, Tamrin Ghafar menyertai PAS 
Anak bekas timbalan perdana menteri, Datuk Tamrin Ghafar menghantar borang penyertaan ahli PAS kepada presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang semalam. Beliau hadir dalam program tahunan parti itu sempena mengingati peristiwa peperangan Badar al-Qubra, di Markas Tarbiyah PAS di sini. 

Turut hadir ialah timbalan presiden, Mohammad Sabu, ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan pimpinan-pimpinan tertinggi PAS. Tamrin merupakan bekas ketua bahagian Jasin dan bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka. “Saya mahu menyertai PAS kerana ia adalah parti yang memperjuangkan Islam,” katanya lagi. 

Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, perjuangan berteraskan Islam akan sentiasa memerlukan kesabaran. Katanya, perkembangan politik Islam sekarang sangat menarik hingga banyak kajian seluruh dunia. 

“Dahulu pemimpin Ikhwanul Muslimin di Mesir diburu dan dipenjara, hasil perjuangan berpuluh tahun akhirnya ahli mereka menjadi Presiden Republik Mesir. “Dahulu mereka kata politik dan agama tidak boleh dicampur, tetapi hari ini membuktikan bahawa mereka sudah silap,” kata timbalan presiden PAS itu. 

Dengan kemasukan Tamrin dalam PAS, kedengaran ura-ura beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum nanti. MI

Lagi Gambar-gambar anak bekas Timbalan Perdana Menteri menyertai PAS. Di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular