Saturday, June 25, 2011

Polis Fobia dgn KEADILAN...


Pembukaan Pejabat KEADILAN Cabang Kubang Pasu diganggu polis


Polis terus diperkudakan Umno bagi menganggu kacau majlis perasmian
(Oleh Ahmad Fadli)

KUBANG PASU: Umno terus  memperkudakan polis  dengan mengarahkan pihak berkuasa itu  mengganggu majlis perasmian pembukaan pejabat baru KEADILAN Cabang Kubang Pasu.

Seorang pegawai polis dengan tanda nama ‘Oh’ yang mendakwa mewakili Ketua Polis Daerah memberi amaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar supaya  menghentikan majlis  atas alasan tiada sebarang ucapan perasmian dibenarkan.

Selepas berbincang beberapa minit dengan S Manikumar dan menghubungi Ketua Polis Daerahnya, Oh membenarkan ucapan selama 10 minit tetapi  ucapan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail yang sedang berlangsung perlu dihentikan.
'Ini aktiviti sah, kenapa polis ganggu? - Saifuddin
Saifuddin yang dimaklumkan perkara itu menegaskan program itu  adalah majlis pembukaan pejabat baru dan tiada sebab ia perlu dihentikan.

“KEADILAN  adalah pertubuhan sah yang berdaftar dan mempunyai hak untuk menganjurkan sebarang majlis. Kita bukan pertubuhan haram. Kita berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966. Kalau buka pejabat, ini aktiviti yang sah.

“Kalau Najib (Perdana Menteri) dan Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri) boleh dibenarkan berucap semalam, kenapa tidak kita hari ini. Bawah Fasal 10, Perlembagaan Persekutuan, kita juga dijamin hak untuk berhimpun,” kata Saifuddin. KD


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular