Saturday, June 25, 2011

Yang ini TIDAK mempolitikian MASJID???


PAS Rembau kesal masjid digunakan untuk menghalang Bersih 2


REMBAU – PAS Rembau merasa kesal apabila mimbar masjid ketika khutbah Jumaat pada tengahari ini hampir di seluruh masjid di Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 atau “berjalan untuk demokrasi” pada 9hb Julai ini.

Ketua Penerangan PAS Rembau,  Mohamad Husaini Husin berkata beliau bagi pihak PAS Rembau berasa kesal kerana pelbagai pihak dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menggagalkan perhimpunan aman ini dan sekarang mimbar masjid.

“ Jelas Umno-BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walaupun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

“ Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihan raya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri”, kata Mohamd Husaini.

Mohamad Husaini berkata PAS Rembau telah mengarahkan semua Ahli Jawatankuasanya (AJK) untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya pada hari Sabtu untuk membangkitkan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

“ Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

“ PAS Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke perhimpunan Bersih 2.0 dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta. Insya Allah.”, tegas Mohamad Husaini. - FMT


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular