Thursday, June 23, 2011

Tapak TUDM Sg Besi turut dibina rumah rakyat

PETALING JAYA, 23 Jun — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Perdana Menteri (gambar) berkata kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan PRIMA berkonsepkan perniagaan sosial.


“Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh.


“Bayangkanlah... satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan mampu dimiliki oleh rakyat,” katanya semasa ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas.


Anak beliau, Nor Ashman, turut hadir dalam program selama satu jam itu yang dihos oleh Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui.


Program itu turut disiar secara langsung oleh stesen televisyen, ntv7.


Dipetik Bernama Online, Najib berkata konsep pembangunan PRIMA ialah pemajunya tidak meraih untung kerana tanah itu disediakan oleh kerajaan.


“Mereka bukannya mencari keuntungan, mereka mahu menyediakan rumah berkualiti yang mampu dibeli oleh rakyat. Sebab itulah mereka perlu mengemukakan kepada kita modul perniagaan dan kos projek itu bagi kita membuat analisis supaya mereka tidak mengaut keuntungan,” katanya.


Kerajaan telah mengumumkan bahawa pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi itu akan dipindahkan ke Sendayan di Negeri Sembilan.


Tapak seluas 196.6 hektar di situ dipindahkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang akan memajukannya menjadi Bandar Malaysia, yang merupakan satu pembangunan strategik untuk pertumbuhan jangka panjang. Mi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular