Thursday, June 23, 2011

9 Julai: PERKASA umum empat lokasi berkumpul

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai anjurannya di Kuala Lumpur bagi menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut supaya reform pilihan raya diadakan di negara ini.

NONEMengikut maklumat dari sekeping risalah yang diperolehi oleh Malaysiakini dari sebuah stesen petrol, perhimpunan 'Gerak Aman' itu akan berkumpul di perkarangan
Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Risalah yang dicetak tanpa maklumat penerbitnya menggesa “semua umat Melayu dan rakyat yang cintakan keamana negara” supaya berkumpul di lokasi yang dinyatakan itu.

“Perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor dengan mempunyai agenda untuk menghuru-harakan negara bagi kepentingan pihak-pihak tertentu seperti mana laporan sebelah risah ini,” tulis risalah berkenaan.

Peserta diminta berkumpul seawal jam 7 pagi.

"Keperihatinan anda semua sangat diharapkan. Penyertaan ramai dapat menggagalkan usaha mereka yang mahu menghuru-harakan negara. Mereka ditaja oleh pihak luar negara yang cemburukan negara ini.

NONE"Mereka mahu lenyapkan kuasa orang Melayu yang telah berjaya menjadikan negara ini sebagai negara Islam. Usahakan supaya anda dapat bersama-sama Gerak Aman pada 9 Julai nanti,” petiknya lagi.

Risalah itu pertama kali diedarkan pada majlis pelancaran Gerak Aman oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali di Kelab Sultan Sulaiman at Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Empat lokasi bagi Gerak Aman itu akan menyaksikan pertembungan pengikut PERKASA dengan penyokong BERSIH 2.0 yang akan berkumpul di pusat membeli belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru. -Mk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular