Wednesday, June 22, 2011

Hoi Rais, Utusan Meloya & Berita Hairan akhbar bersikap 'terbuka'?


Oleh Man TK


“Pengharaman membaca Akhbar Utusan adalah menunjukkan sikap ketidakbukaan pembangkang” – Rais Yatim


Rais Yatim sedar ka sapa yang tidak bersikap terbuka?

Budak sekolah rendah pun tau beza suratkhabar Utusan dengan Sinar Harian. Tok sah duk banding la dengan Harakah sebab Harakah tu milik PAS, hanya dijual untuk orang PAS. Bandingkan Utusan dengan Sinar.




Ketidak terbukaan Utusan tu yang Nampak jelas. Tindakan PAS boikot Utusan disebabkan oleh Utusan sejak sekian lama masih menyiarkan berita yang berat sebelah. Jika utusan hanya meyiarkan berita UMNO saja tak pa jugak, malah yang lebih teruk lagi Utusan menyiarkan berita peropaganda dan fitnah keatas PAS dan Pakatan Rakyat.

Kalau nak jadi surat khabar UMNO, apply la permit pernerbitan sebagai bahan cetak terbitan UMNO.

Lagi satu perkara, Rais Yatim sedar dak?.... keterbukaan media di Malaysia ni lebih teruk dari media di Myanmar.

Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141 (2010).

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.


Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.


Secara faktanya adalah sama, cara kawalan dan tindakan yang di ambil, tapi secara moralnya di Malaysia lebih teruk sebab Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sedangkan di Myanmar sebuah negara yang di perintah oleh Junta tentera

Myanmar bukan sebuah negara demokrasi, ikut suka pemerintah dia la dia nak buat lagu mana. Itu standard negara diktator. Tapi bagi sebuah negara demokrasi, kalau ikut standard negara dictator… moralnya jauh lebih rendah sebab pemerintah nya ‘menjual’ nama demokrasi hanya untuk mempertahankan kuasa.


Pengawalan penerbitan satu bab, penggunaan kuasa akta polis dan akta hasutan tu satu bab. Perkara yang tak boleh dikawal dengan akta mesin cetak, kerajaan guna akta hasutan dan akta polis untuk mengambil tindakan keatas sesiapa saja yang mereka rasa mengancam mereka dengan alasan yang cukup ‘glamour’ iaitu mengancam keselamatan negara.


Penyebaran fitnah melalui TV1, TV2, TV3, NTV7 dan semua saluran Media Prima tidak pula diambil tindakan, padahal fitnah itu boleh menyebabkan orang rasa tidak selesa, tidak selamat dan tergugat. Apabila rakyat rasa tidak selamat dan tergugat maka akan mula lah kejadian turun ke jalanraya. Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara.


Antara fitnah yang sering dilemparkan oleh Media pro BN adalah PAS berkawan dengan DAP akan menyebabkan melayu hilang maruah.


Apakah DAP itu sebuah parti perkauman? Didalam DAP juga ada melayu islam. Kenapa DAP perlu dijadikan sebab melayu hilang maruah? Jika hendak dikaitkan dengan bangsa, media pro BN nil ah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara kerana memainkan isu perkauman.


Ambil la tindakan keatas media-media ini sebelum menuduh Pakatan Rakyat mengancam keselamatan negara. Apakah tahap kebebasan media kita akan jatuh lebih rendah dari media di Myanmar? - KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular