Saturday, June 25, 2011

Barang terpakai yang tak boleh MENYELAM menelan bilion RM duit rakyat!


Kos selenggara Scorpene RM417 juta, Naik 8 Kali Ganda
[KD] KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun. 

Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem ‘Submarine Escape Rescue Intervention‘ bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia. 


Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan. 


Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan. 


Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memohon peruntukan sebegitu tinggi untuk kontrak selengara berkenaan, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.2 bilion. 


Ahli Parlimen Gombak itu juga mempertikai mengapa kementerian pertahanan tidak memasukkan elemen penting dalam kontrak perolehan seperti pemindahan teknologi, latihan dan senggaraan. 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut mempersoalkan perkara yang sama dan menuntut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad memberi jawapan yang telus. 


“Bahas kementerian pertahanan: Kenapa kos selenggara kapal selam Scorpene tiba-tiba bertambah 8 kali ganda? Mula RM50 juta setahun kata timbalan menteri sekarang bertambah belanja RM417.6 juta!,” ujarnya. 


‘Kalau menteri tak beri maklumat terpeinci konon atas sebab keselamatan pertahanan negara, wajib wujud jawatankuasa pilihan untuk pembelian peralatan pertahanan,” ujarnya yang turut menyatakan kekesalan itu dalam laman twitter. 


Mac lalu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dianggar RM50 juta setahun. 


Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset itu dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. 


Abdul Latiff pada masa itu berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
P/s: Barang terpakai yang menelan bilion RM duit rakyat!


Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali[KD] KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.


“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut,” kata


Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.


Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).


Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.


Azmin menggesa kerajaan Umno mendedahkan kontrak pembelian kapal selam berkenaan kerana sejumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.


Beliau juga percaya pendedahan butiran kewangan tidak mengancam keselamatan negara kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan menjelaskan kepada rakyat....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular