KUALA LUMPUR, 30 JUN: Lebih 25 NGO bergabung dibawah NGO Pertahan Taman Merdeka Negara (PERTAHAN) membantah keras pembinaan menara 118 tingkat di Taman Merdeka Negara.
Pengerusi Pertahan Ishak Surin berkata, sejak diumumkan di parlimen dua tahun lalu, Perdana Menteri mahupun Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak pernah menyatakan dengan jelas maklumat lengkap projek berkenaan.
“Kita cuma dimaklumkan projek berkenaan menelan belanja RM40 bilion untuk kos permulaan. Kita yakin kos itu akan meningkat ketika dan selepas projek siap.
“Kerajaan juga tidak jelaskan siapa pemaju. Kami telah beberapa kali membuat temu janji dengan Datuk Bandar untuk bincangkan perkara ini, namun beliau mengelak.
“Kita amat kecewa dengan tindakan Datuk Bandar yang nyata tidak sensitif dengan isu melibatkan sejarah dan mercu tanda negara,” katanya kepada Keadilandaily
Kata Ishak, pembinaan sesuatu projek perlu mengikut keperluan rakyat, bukan keperluan orang kaya dan pihak yang berkepentingan.
“Kita bukan anti kemajuan. Tidak ada masalah untuk bina bangunan baru, namun kenapa perlu di bina di kawasan bersejarah ini?
“Malah mengikut bancian, masih banyak bangunan pejabat yang tidak digunakan, kerajaan sepatutnya penuhkan atau ubah suai premis sedia ada yang terbengkalai daripada menambah bangunan baru dengan kos binaan yang melampau,” kesal Ishak
Ishak turut memaklumkan satu memorandum bantahan akan dihantar kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok di Bangunan DBKL.
Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima permohonan menukar kegunaan tanah di Taman Merdeka Negara daripada kawasan lapang dan institusi kepada kawasan perdagangan melalui pembinaan sebuah menara 118 tingkat
Projek merangkumi pembinaan hotel 4 bintang dan premis dagangan itu bakal mengubah landskap di sekitar Taman Tunku, Stadium Merdeka, Stadium Negara dan kawasan warisan sejarah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53968
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment