Ingatkan Raja Katak ni dah bersara dari politik, langsung tak dengar suara dia lepas kalah di Pasir Mas dalam PRU13 lalu walaupun dibagi laluan oleh calon BN untuk satu lawan satu dengan calon PAS, Ust Nik Abduh dengan majoriti 8,047 undi.
Aku rasa Ibrahim Ali ni mengamuk sebab lain ni, bukan sangat pasai tak puas hati Najib lebih layan Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya.
Aku rasa dia tak puas hati pasai orang yang tara Azeez 'eee' Rahim pun Najib boleh lantik jadi pengerusi Tabung Haji tapi dia langsung takk dapat apa-apa jawatan kut.
Dah la tak dipilih jadi ahli parlimen, kalau dilantik jadi pengerusi mana-mana GLC ada la jugak dia income dan peluang nak rasuah atau salahguna kuasa, himpun balik duit, ingat sikit ka dia melabur masa jadi calon tu.
Raja Katak ni silap, kalau dia teringin nak jadi pengerusi GLC, dia kena rapat dengan Rosmah, kena kipas Rosmah lebih, kena jadi kesayangan Rosmah. Tak payah ada kelulusan atau kepakaran apa pun takpa, tentu punya ada habuan. - cenangau
VIDEO : IBRAHIM ALI SELEPAS KELUAR DARI BAWAH TEMPURUNG... SEDIH BEB... HU HU HU HU HU !
Perkasa kesal kerajaan lebih hargai kumpulan ‘biadap’
Ibrahim mengatakan kerajaan melayan kumpulan biadap pada 3 Julai, 2013.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya.
Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang bakal mereka ambil tetapi menegaskan mereka kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran supaya tidak mempersoal langkah yang akan diambil.
"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.
"Kami berjuang untuk agama, bangsa dan negara... perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata," tambahnya lagi.
Kedua-dua calon Perkasa iaitu Ibrahim dan Naib presidennya, Datuk Zulkifli Noordin tewas pada PRU13 dan sejak itu, mereka 'tersisih' dari arus politik perdana. - 3 Julai, 2013 - TMI
Sedih beb sedih... kah kah kah... gua ingatkan beliau dah KOJOL dalam ARENA POLITIK Tanah Air beb... rupa-rupanya selama ini beliau UMPAMA BERTAPA DIBAWAH TEMPURUNG... kesian beliau ni beb... JELAS beliau cukup KECEWA dengan LAYANAN yang diterima dari Ulul Amri Umno Datuk Seri Haji Najib (DSHN)... mana tak nya beb setelah BAGAI NAK RAK dengan MEMBODEK... MENGAMPU... MENGIPAS namun tiada apa yang beliau DAPAT hasil dari kerja-kerja tersebut... maka nya TERPAKSA lah beliau KELUAR dari PERTAPAAN dan BERSUARA... kah kah kah !.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment