PARLIMEN Kerajaan masih belum mengenal pasti identiti kumpulan tentera siber "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP, akui timbalan menteri komunikasi dan multimedia hari ini.
Jailani Johari bagaimanapun berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa kumpulan itu ditaja oleh pembangkang.
Dalam sesi soal jawab Parlimen hari ini, beliau juga berkata, kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih menyiasatnya.
Sebelum ini, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanya kementerian berhubung tindakan terhadap pasukan itu.
Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) bertanya sama ada kerajaan akan menggunakan standard sama dalam menyiasat dakwaan beberapa penulis blog yang pada tahun lalu bahawa anak ketua menteri Pulau Pinang mencabul seorang pelajar wanita.
Dakwaan itu kemudiannya terbukti tidak benar. - Sumber
Profesor Pecah Lubang BN..
Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.
"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.
"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.
"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.
Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.
"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.
"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi. ~malaysiakini
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment