SPR diberi seminggu dedah pembekal dakwat kekal
KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberikan masa seminggu untuk mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal dalam parlimen atau bakal mendapat malu besar.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, SPR ada jawapan kepada persoalan itu manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menubuhkan panel penyiasat.
“Saya sudah buat kenyataan dalam dewan untuk mempercepatkan proses itu supaya SPR dan SPRM segera mengambil tindakan sewajarnya.
“Apabila ia mula didedahkan di luar, ia akan lebih memalukan mereka.
“Jadi saya beri masa seminggu kepada SPR,” ujar Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilandaily.
Rafizi sebelum ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembekal itu milik rakyat Singapura yang tiada pengalaman berkaitan.
Manakala modal menguruskan pembekalan dakwat kekal melalui dana seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru. ~ KD
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:
Post a Comment