Rafizi Ramli hari ini menghentam Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, kerana menghalang wartawan UK, Clare Rewcastle Brown, daripada memasuki negeri Sarawak.
Beliau memberikan amaran bahawa tindakan ini akan mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sederhana dan mengesahkan bahawa Taib mempunyai perkara-perkara yang perlu disembunyikan.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata bahawa tindakan yang cemerkap ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Najib untuk meluaskan ruang demokrasi di Malaysia.
Namun demikian, beliau tidak mengharapkan Najib, yang kebetulannya kini berada di London, untuk mampu membuat apa-apa mengenai insiden ini.
"PM kita terlalu lemah dan tidak berdaya untuk melawan Taib Mahmud. Jikalau ikut kehendak Najib, Taib tidak akan menjadi Ketua Menteri sekarang. Jika Najib memang berani mengambil tindakan terhadap Taib dulu, kita pasti sudah ada kerajaan baru sekarang.
Dia tidak berani kerana Taib menguasai banyak kerusi, samada secara terus melalui partinya ataupun melalui parti-parti kecil yang lain di Sarawak. Jadi jangan harapkan Najib untuk menunjukkan sebarang tindakan yang berani," kata Rafizi.
"Ini cukup memalukan walhal terdapat seorang individu (Clare) cukup berani untuk datang dari kota London untuk mempertahankan dirinya di dalam mahkamah Sarawak. Boleh dikatakan beliau terus memasuki jerumun harimau walaupun kebebasan kehakiman Malaysia masih menjadi tanda tanya di mata dunia.
Hakikatnya kerajaan Sarawak tidak berani membenarkan seorang individu yang cukup yakin mengenai perjuangannya untuk memasuki negeri itu. Ini cuma akan menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa kerajaan Sarawak dan Malaysia tidak telus dan mempunyai perkara-perkara yang perlu disembunyikan.
"Clare merupakan sahabat akrab saya dan beliau adalah seorang yang amat tabah dan tekad. Jika Taib rasa bahawa dengan menghalang Clare dariapada memasuki Sarawak dia boleh menutup mulut beliau, dia memang salah.
Sebaliknya ini cuma akan memberikan Clare inspirasi untuk menggiatkan lagi kempennya di seluruh dunia. Taib cuma akan berjaya mengaibkan reputasinya dan kerajaannya di mata dunia". Malaysia Chronicle
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment