Thursday, July 4, 2013

UMNO Penang Meroyan

NONETak perlu penyelaras di kawasan BN, kata Umno
Umno Pulau Pinang mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk melantik penyelaras di kawasan dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua pembangkang negeri Jahara Hamid berkata, lantikan itu bersifat "politik" kerana anggota dewan undangan negeri (ADUN) sudah berkhidmat di kawasan itu sejak bertahun-tahun.

"Mereka kata untuk (memberi) perkhidmatan kepada rakyat dan kami tertanya-tanya jika mereka ada alasan lain dengan melantik penyelaras," katanya.

Jahara (kanan) berkata, wakil rakyat BN sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat, sekali gus menolak dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa mereka enggan membantu pentadbiran sedia ada.

Malah, katanya, ADUM mereka juga sedang melakukan pendaftaran untuk anugerah tahunan berbentuk wang tunai untuk warga emas dan ibu tunggal. MK

YANG NI APA CITE??
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau singkatannya JKKKP ialah jawatan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan Malaysia selepas 8 Mac 2008. 

Jawatankuasa ini bertindan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pngerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kselamatan Kampung.

Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK , penghulu akan turut hadir . Setiap JKKK akan dibayar elaun atau saguhati kerana hadir mesyuarat yang diadakan di balai raya atau dewan orang orang ramai. Ketua kampung juga biasanya menjadi pengerusi sesebuah surau atau masjid di setiap kampung.

Selepas pilihan raya Malaysia 2008 , parti Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Oleh yang demikian pentadbiran peringkat kampung yang diuruskan oleh JKKK kini dibawah seliaan dan pentadbiran kerajaan negeri.

Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada dan menubuhkan JKKKP agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan bantuan kewangan terus tanpa melalui JKKK . Kerajaan persekutuan enggan menyalurkan bantuan melalui kerajaan negeri yang diuruskan pembangkang kerana bimbang akan disalahgunakan.

Bantahan
Pakatan Rakyat tidak setuju penubuhan JKKKP kerana akan bertindan dari segi fungsi, projek , pertelagahan sesama anggota masyarakat kampung serta membazirkan wang pembayar cukai.

Projek yang dilaksanakan seperti menbaiki jalan raya , bantuan hari raya dan fakir miskin tidak lagi selaras. Kemungkinan mereka yang berhak mendapat bantuan tidak menerimanya.

Penubuhan JKKKP menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka kalah di 5 buah negeri kepada pembangkang. Ini juga menunjukkan amalan demokrasi dan kebebasan mengundi tidak merata dan tidak dihayati bersama.

Setiap ketua kampung sinonim dengan UMNO. Mereka adalah pejuang UMNO dan memeriahkan suasana politik dan pilihan raya di sesebuah kampung. Penduduk kampung amat bergantung kepada kredibitii ketua kampung. Dalam masyarakat yang kecil, tali persaudaraan yang erat wujud sesama mereka.

Di Perak, majoriti ketua kampung melahirkan bantahan dan enggan berfungsi seperti sedia kala selepas pembangkang menang di 5 buah negeri. Mereka menjadi ahli Persatuan Ketua Kampung di Perak. SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular