Tuesday, July 2, 2013

PANASSSS!!!!...KETUA PEMBANGKANG TERKEDU MALU, GAGAL KEMUKA HUJAH DENGAN FAKTA!!!


KETUA PEMBANGKANG SELANGOR BERHUJAH GUNA AIR LIUR BASI DAN BUKANNYA HUJAH BERBUKTI!!!!

Ketua PembangkangSelangor, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.

Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.

“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.

“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Sebelum itu, Shamsudin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.

Shamsuddin turut mengecam pemimpin politik yang terlibat dengan perhimpunan aman #Blackout505 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 lalu.

Menurut Shamsudin kedua-dua tindakan tersebut sebagai tidak menghormati undang-undang negara.

Shamsudin sekali lagi tidak terkata apa-apa apabila Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut meminta beliau menjelaskan samada hak rakyat untuk berhimpun secara aman itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. - omakkau

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular