Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, rakyat Malaysia pasti marah dan terkejut apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pakej imbuhan sebanyak RM33.4 juta kepada Pengerusi Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail.
Katanya, beliau menganggap anugerah itu adalah keterlaluan untuk memonopoli konsesi pengendalian loji rawatan dan pengagihan air di Selangor.
“Air adalah utiliti asas penting bagi setiap rakyat Malaysia dan kita benar-benar terkejut apabila pemberian imbuhan kepada syarikat konsesi disalahguna untuk memperkayakan individu yang menjadi kroni BN....
“Agak menghairankan kerana utiliti yang lebih penting diberi pakej imbuhan lebih kecil iaitu hanya RM7 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedangkan bagi tahun kewangan 2012, TNB mencatat perolehan sebanyak RM35.85 bilion berbanding hanya RM2.5 bilion yang diperoleh Puncak Niaga Holdings Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, tindakan kerajaan BN itu dianggap untuk menyelamatkan Puncak Niaga yang mempunyai hutang berbilion ringgit daripada bankrap.
Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambilalih hutang bagi menyelamatkan Puncak Niaga dan SYABAS yang gagal membayar balik hutang masing-masing berjumlah RM1.3 bilion dan RM2.9 bilion pada 2011.
“Berdasarkan penyata kewangan pada 2012, Kumpulan Puncak Niaga mempunyai RM937 juta pinjaman dan pinjaman jangka pendek, dan RM4,719 juta pinjaman dan pinjaman bukan semasa.
“Kerajaan Persekutuan juga menyediakan geran berjumlah RM726 juta kepada SYABAS, termasuk yang terbaru RM120 juta diberikan pada Januari tahun ini,” tambahnya.
Menurut Pua, walaupun pakej imbuhan berlebihan diberi kepada Rozali, sedangkan SYABAS gagal menyediakan bekalan dan perkhidmatan air yang berkualiti kepada pengguna di Selangor terutama dalam tempoh dua tahun lalu.
Katanya, tahun ini, SYABAS mengakui menerima 4,186 aduan panggilan setiap hari sejak awal tahun mengenai gangguan bekalan air yang berterusan, biasanya mengenai paip lama dan penyelenggaraan takungan.
Sehubungan itu, beliau menyeru Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyiasat pembayaran imbuhan itu dan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus menghentikan semua pembayaran luar biasa dan bukan operasi dalam syarikat konsesi air sebelum selesai penyusunan semula, terutamanya jika syarikat itu masih berhutang berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri Selangor perlu memotong semua yang tidak sesuai dan “tidak diluluskan” perbelanjaan seperti RM33.4 juta “durian runtuh” kepada Rozali oleh syarikat konsesi daripada kos cadangan pengambilalihan syarikat itu. – Roketkini.com
Tidak setuju Rozali Ismail diberi RM33.4 juta
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor tidak bersetuju dengan pemberian pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail.
Abdul Khalid turut berpendapat, sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih penstrukturan air, nilai saham Rozali akan ditolak berdasarkan imbuhan atau ganjaran yang diterimanya itu.
“Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak bersetuju.
“Jika kita dapat mengambil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasarkan calculation of evaluation,” katanya ringkas selepas persidangan Dewan Negeri Selangor, semalam.
Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) yang meluluskan cadangan pemberian pakej RM33.4 juta kepada Rozali di dalam mesyuarat agung tahunannya.
Anak syarikat PNHB, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), adalah satu daripada empat syarikat yang mendapat konsensi mengurus perkhidmatan rawatan air di Selangor.
Kerajaan Selangor telah menawarkan RM9.65 bilion kepada PNSB dan tiga lagi syarikat untuk mengambilalih perkhidmatan rawatan air daripada mereka.
Terdahulu,isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyifatkannya sebagai keputusan 'tidak beretika dan tidak bertanggungjawab' memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment