Sebanyak 6,640 laman web telah disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja.
“Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).
Bung Moktar bertanya mengenai tindakan yang telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu-gugat kestabilan politik negara.
Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum.
Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu pemegang lesen dikehendaki untuk membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah.
”Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, print screen dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan,” katanya.
Jailani berkata peratusan pengguna facebook di Malaysia kini seramai 13 juta pengguna dengan 53.9 peratus daripadanya terdiri daripada kaum lelaki dan 46.1 peratus pula adalah wanita.
Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), Jailani berkata undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang.
“Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam penguatkuasa undang-undang penyalahgunaan media media sosial dan internet.
“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai untuk tujuan tersebut.
“Undang-undang lain yang terlibat ialah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan,” katanya.
Marcus mahu tahu mengenai perlunya penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal untuk menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi kini, lapor Bernama.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment