Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga kroni Umno BN mendapat pinjaman mudah dan projek berbilion ringgit kerana membantu parti itu, dua hari selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Menurutnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tan Seri Kenneth Eswaran masing-masing mendapat pinjaman bernilai RM500 juta serta syarikat Pexco milik Tan Sri Ananda Krishnan yang dianugerah projek carigali minyak dan gas di Sarawak.
“Syed Mokhtar dapat RM500 hingga RM 600 juta sukuk hanya kerana dia bantu Umno dalam PRU. Adakah tiada melayu lain atau peniaga berpotensi dipertimbangkan?
“Kedua, kerajaan lulus bilion ringgit kepada syarikat Ananda krishnan untuk carigali minyak di Sarawak. Saya tidak pertikai Ananda kerana dia India, tapi sama macam Syed Mokhtar, ini semua kroni. Kenapa tidak adakan tender dan beri peluang pada rakyat terutama anak sarawak?
“Ketiga Tan Seri Kenneth, tokoh India yang bantu Najib dapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan RM500 juta. Bank ini patut utamakan bantu syarikat IKS dan peniaga baru yang berpotensi,” katanya pada Majlis Makan Malam untuk mengutip dana petisyen PRU di Theam Hou Temple, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen seperti Datuk Dr Tan Kee Wong (Wangsa Maju), Tian Chua (Batu), Hee Loy San (Petaling Jaya Selatan), Mohd Rafizi Ramli (Pandan), Teresa Kok (Seputeh), R Sivarasa (Subang), Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar dan pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.
Katanya, Pakatan Rakyat menolak tawaran perdamaian nasional yang diutarakan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selagi isu penipuan pilihan raya tidak diselesaikan.
“Najib kata rekonsiliasi, tapi terima penipuan PRU, terima rasuah dan rasis. Saya kata kami tolak penipuan PRU, tolak rasuah dan rasis,” katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin pelbagai kaum.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan gerak kerja mendedahkan penipuan PRU diteruskan melalui apa jua medium.
Sejumlah RM18, 447 berjaya dikutip pada malam itu dan program sama akan turut diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru selepas ini.
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment