KUALA LUMPUR, 30 JUN: Kenyataan Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani bahawa guru besar dan guru di negeri itu tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di facebook adalah tindakan tidak demokratik.
“Dahulu, golongan inilah yang paling ramai masuk politik. Tujuan mereka hanya mahu berkhidmat untuk masyarakat.
“Namun sekarang jika menyokong dan berpihak kepada Pakatan, ia dihalang. Ini berat sebelah,” kata ketua penyelaraws Jingga 13, Fariz Musa kepada Keadilandaily.
Semalam, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani dalam sebuah forum pendidikan mengingatkan guru besar dan guru di negeri ini supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di Facebook.
Ia kononnya bagi mengelakkan mempengaruhi pelajar dan mengelak dari mencipta ‘masalah untuk diri sendiri’.
Lapor Sin Chew Daily hari ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan membentuk pasukan khas dan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka.
“Sepatutnya beliau bersikap lebih profesional. Lupakah beliau bahawa golongan guru lah yang bakal mencorak anak-anak murid?
“Bila guru tidak lagi bebas mengkritik, maka kualiti seorang guru itu merosot dan ini terkesan kepada anak muridnya,” kata Fariz yang juga merupakan bekas guru. ~ Shalehudin
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment