KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan kes saman Murtini Kasman dan 2,019 ibu tunggal yang lain dibatalkan pada 13 Mei lalu kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik tidak boleh menerusi proses mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.
“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.
“Pelbagai kes saman lain seperti tuntutan oleh suri rumah, juga telah ditarik balik,” katanya yang juga Adun Batu Tiga.
Kerajaan Selangor, jelasnya bersetuju kekalahan Murtini Kasman dan kes saman kesemua yang lain ditarik balik tanpa sebarang tuntutan kos oleh kerajaan negeri.
Katanya lagi, kes-kes tersebut telah segera ‘dilenyapkan’ selepas berakhirnya PRU13, dan itu boleh dianggap asalnya sebagai suatu provokasi politik yang bertujuan mencemar imej Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.
“Murtini Kasman dan Zainarini Mohd Sidek serta 5,023 ibu tunggal terbabit sedang disemak status penerimaan mereka untuk pelbagai skim dan tawaran untuk ibu tunggal yang layak,” ujarnya lagi.
Menurutnya, ada di antara mereka yang pernah menyertai skim ‘Jom Shopping’ serta menerima bantuan kewangan untuk pelbagai tujuan seperti membayar hutang, bantuan am sara hidup, zakat, bantuan peralatan dan bantuan perniagaan.
Beliau berkata, penegasan kerajaan Selangor mengenai dasar kebajikan kepada berpendapatan (welfare to workfare) sentiasa menjadi asas kepada peruntukan dan belanjawan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor, termasuk golongan ibu tunggal.
Justeru, jelas beliau lagi kerajaan negeri sentiasa berlapang dada untuk menerima aduan-aduan rakyat dan mencapai penyelesaian bersama dengan kerangka minda yang menerima aduan-aduan itu sebagai permasalahan yang dikongsi bersama oleh rakyat dan kerajaan.
Keduanya, kata beliau saling memahami dan berusaha ke arah sentiasa memperbetulkan keadaan demi meningkatkan mutu pengurusan hasil negeri Selangor.
Kronologi Isu Yang Dibawa oleh Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor.
12 Nov. | Utusan Malaysia: 2,020 ibu tunggal akan saman kerajaan negeri Selangor Khamis ini | |
22 Nov | Tuntutan difailkan melalui tetuan 'Kamarudin And Partners' di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam | |
23 Nov 9.00 pagi | Demonstrasi di SUK, Shah Alam Bernama: 300 Ibu Tunggal Demo Tuntut Kerajaan Selangor Tunai Janji | |
23 Nov. 11.45 pagi 12..05 tgh. | YB Rodziah Ismail menerima “memorandum” dari Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Murtini binti Kasman. Tiada perincian kepada tuntutan yang disebut (re VCD MediaSelangorku). YB Rodziah Ismail telah mengadakan sidang media berkaitan demonstrasi tersebut dan menjelaskan respon serta reaksi beliau (VCD MediaSelangorku) | |
28 Nov. | Sesi perjumpaan dan dialog YB Rodziah Ismail dengan pimpinan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor yang diwakili oleh Puan Murtini Kasman dan tiga orang yang lain. Tiada maklumat disampaikan berkaitan saman atau senarai ibu tunggal yang dikatakan telah terpinggir dari mendapat manafaat ibu tunggal di Selangor kerana dinasihati oleh peguam mereka bahawa isu yang dibawa telah menjadi ke mahkamah. Di akhir dialog tersebut, wakil-wakil ibu tunggal tersebut bersetuju untuk memberi maklumat yang diperlukan secara bertulis untuk tindakan YB Rodziah Ismail selanjutnya. Antara maklumat yang penting yang diperlukan ialah: · Pangkalan data ibu tunggal yang didakwa dipinggirkan · Menetapkan satu sesi penerangan dan maklumat kepada ahli-ahli Persatuan Ibu Tunggal Negeri Selangor mengenai skim, perkhidmatan dan program-program kerajaan Selangor untuk ibu tunggal. · Permohonan-permohonan bantuan yang teah didakwa tiada menapat keadilan dari sudut pelkasanaannya | |
30 Nov. | Saman diterima oleh LA | |
4 Dis. | Murtini Kasman telah bercakap di TV3 mengenai saman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Butiran saman diterima oleh Pejabat YB Rodziah Ismail menerusi Penasihat Undan-Undang (LA) dalam mesyuarat ExcoKerajaan Negeri | |
12 Dis. | Kenyataan Media YB Rodziah Ismail Zainarini Mohd Sidek dengan 3011 ibu tunggal lain memfail sama kedua terhadap Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor | |
26 Dis. | Dalam pengurusan kedua kes, saman Murtini dan Zainarini, Hakin berkenaan telah bersetuju untuk menangguhkan prosiding saman Zainarini sehingga ke Murtini mendapat keputusannya di Mahkamah Rayauan. Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan menjadi binding ke atas sman Zanarini. | |
23 Jan. | Hakim mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk membatalkan saman Murtini Kasman | |
13 Feb. | Kerajaan Selangor memfail Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam | |
13 Mei | Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan Selangor. | |
Keputusan jamaah Hakim telah membatalkan Saman murtini terhadap Kerajaan Negeri Selangor dll. | ||
12 Jun | Zainarini binti Mohd Sidek dan 3010 ibu tunggal yang lain menark balik sman | |
Juga tarikh akhir untuk Murtini dan 2019 yang lain memfail Notis Rayuan | ||
13 Jun | Tiada notis rayuan difail maka kes saman Murtini telah terbatal secara otomatik di sisi undang-undang. |
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment