Thursday, July 4, 2013

Mesir : LANGKAH PERTAMA PERAMPAS KUASA DI MESIR GELAPKAN MEDIA....


Info terkini dr mahasiswa di mesir "sebarkan ini sebanyak-banyaknya: 
Kabar pendukung DR. Mursi di Rab'ah al 'Adawiyah:

Helikopter masih saja berputar-putar di atas kami semenjak lebih dari dari satu jam. Mereka mencari celah yang memungkinkan mereka untuk melancarkan serangan dan mereka berusaha menakut-nakuti serta memantau keadaan kami.

Sementara kami tetap dalam kondisi berzikir dan membaca azkar shabah....

Sebarkanlah berita kami ini, tidak ada satu pun media pemberitaan selain anda yang menyebarkan kabar kami setelah mereka menutup seluruh channel tv yang mungkin menyiarkan demo kami ini. Mereka juga melarang Jazeera untuk menyiarkan tentang kami dan menangkapi mereka. Mereka baru mau melepaskan dengan syarat tidak menyiarkan tentang demo berkesinambungan kami ini.

Dan sudah jelas saja tv-tv yang dimiliki antek-antek mubarak sangat ingin mendengarkan tanggapan para pengamat, sementara mereka tidak akan mau menerima tanggapan yang berseberangan dengan mereka. Mereka tidak menganggap kami sebagai rakyat Mesir yang mesti disiarkan beritanya.

Sebarkanlah berita ini sebanyak-banyaknya, jadilah anda sebagai ganti dari wartawan.

Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik pelindung".
IMEJ diambil dari siaran Televisyen Mesir menunjukkan presiden sementara Mesir, Adly Mansour (tengah), bersama barisan hakim pada majlis angkat sumpah jawatan di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, Mesir, hari ini. Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir itu mengangkat sumpah sebagai presiden sementara selepas Presiden Mohamed Morsi digulingkan oleh pasukan tentera, semalam. - Foto AP
Jul 4, 2013 6:07 pm

9 PERKARA YANG BERLAKU 24 JAM SELEPAS RAMPASAN KUASA DI MESIR.

Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Morsi Kini Dalam Tahanan Tentera
KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu. ~sinar harian

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular