Thursday, July 4, 2013

Kesian!! Ketua Pembangkang Selangor buta sejarah


SHAH ALAM, 4 JULAI: Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bukan perkara baru di Malaysia malah British telah memperkenalkan Ordinan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 yang memberi kuasa kepada majlis kerajaan tempatan untuk mengadakan pilihan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San menempelak sikap buta sejarah yang ditunjukkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias.

Memetik laporan MySinchew.com pada 2 Julai lalu, Mohd Shamsudin mendakwa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan hanya akan menukar sistem kerajaan kepada tiga entiti iaitu kerajaan pusat, negeri dan kerajaan tempatan.

“Memang sistem kerajaan di Malaysia berbentuk tiga peringkat di mana peringkat yang paling kecil ialah kerajaan tempatan,” ujarnya.

Menurut Weng San, dalam “Report of the Royal Commission of Enquiry into the Working of Local Governments in West Malaysia” yang diketuai Athi Nahappan, sistem kerajaan tempatan sudah mula bertapak dan berfungsi di Pulau Pinang pada 1801 melalui sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors).

Tambahnya, Majlis Tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti negeri Melayu lain sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara dan pada penghujung era penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Malaya.

“Jika pilihan raya kerajaan tempatan boleh dilakukan pada masa dulu, tidak ada sebab tidak boleh diadakan sekarang,” katanya yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor.

Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya lain selain Pilihan Raya Umum.

Bagaimanapun, keengganan kerajaan Persekutuan dan SPR memberi kebenaran untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan menimbulkan banyak pertikaian pelbagai pihak.-Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular