Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan menyeru supaya demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.
Anwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.
“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.
Anwar berkata, memang wujud kritikan terhadap pentadbiran Morsi, namun prasangka terhadap kelompok Islam di Mesir seolah membunuh usaha pendemokrasian yang berlaku.
“Saya dapat kesan pandangan beberapa orang yang konon liberal, tetapi oleh kerana menghadapi Ikhwan-Muslimin, (mereka) sanggup mendukung pemerintahan tentera,” katanya.
“Prasangka terhadap kelompok Islam tidak mengizinkan kita mengesahkan pentadbiran tentera,” tegas Anwar.
Presiden Mesir, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera semalam.
Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah dan perlembagaan Mesir kini digantung. KeadilanDaily
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment