Saya masih ingat, pada 23 Jun 2002 di Majlis Pengkebumian Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan ringkas dengan nada sebak mengatakan keberatannya memangku jawatan Presiden PAS ditambah lagi beliau sedang memegang jawatan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu.
Tuan Guru Abdul Hadi merasakan dirinya memegang amanah besar untuk mewarisi wadah perjuangan PAS yang ketika itu menjadi satu parti yang menjadi harapan masyarakat di samping melalui kematangan politik. Dan ketika itu PAS sedang melalui era kerjasama politik di atas dasar tahalluf siasi bersama DAP dan KeAdilan yang sangat mencabar.
Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi mengatakan bagaimana besarnya cabaran yang berada di bahunya untuk meneruskan kerja-kerja peninggalan Allahyarham Ustaz Fadzil yang digagas untuk membawa PAS kepada satu tapak perjuangan yang semakin hari semakin diterima oleh rakyat dalam negara ini.
Ustaz Fadzil telah membawa PAS ke tahap yang sangat matang dan ianya terbukti apabila PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan termasuklah profesional serta cerdik pandai di samping dikukuhkan oleh para alim ulama.
Seni seseorang individu amat berbeza dengan orang lain tetapi bila diterjemahkan pandangan dan cadangan secara kolektif ianya akan menjadi kepunyaan semua dan organisasi yang dipegangnya, inilah pemikiran yang diterjemah oleh Allahyarham Datuk Fadzil ketika memimpin PAS.
Watak, pergerakan badan dan cara berfikir Allahyarham tidak dapat dilupakan oleh kawan dan lawannya, ini kerana sifatnya sebagai tokoh besar ketika itu memberikan pendekatan yang amat berbeza sama sekali.
Ustaz Fadzil disanjungi serta dihormati oleh semua pihak termasuklah pimpinan BN itu sendiri seperti Tun Dr Mahathir Mohamed yang memegang jawatan Perdana Menteri Ketika itu. Tun Mahathir amat menghormati Almarhum dan mengakui bahawa meskipun Almarhum adalah pemimpin pembangkang namun beliau banyak belajar dari Almarhum.
Almarhum bijak menguruskan permasalahan yang timbul termasuklah di dalam dan luar parti. Beliau amat teliti dan cermat dalam mengambil satu-satu tindakan dengan berfikir di segenap penjuru agar tindakan yang akan dilakukannya akan menghadirkan satu kejayaan.
Ini tidak termasuk semua peringkat parti, sama ada di peringkat PAS Cawangan, PAS Kawasan, PAS Negeri hatta kepimpinan semua peringkat amat tersentuh cara Allahyarham Datuk Fadzil berkomunikasi dengan mereka yang jarang-jarang berlaku dengan kata lain mesra kepada semua orang di kelilingnya.
Dengan tidak menafikan tokoh-tokoh yang pernah menyandang jawatan Presiden parti dan sedia ada hari ini, PAS sentiasa menjadi perhatian sama ada kawan dan lawan di semua peringkat termasuk antarabangsa dan sudah pasti kelebihan kepada jawatan Presiden parti menjadikan kelebihan kepada PAS sehinggi kini setelah era Ustaz Fadzil.
Sudah tentu konflik dalaman setiap penyandang Presiden parti akan melalui pelbagai rencam kepahitan sebagai 'orang nombor satu' dalam parti, Allahyarham Datuk Fadzil tidak terlepas berhadapan dengan situasi ini yang dapat dilihat kematangannya dan pemaafnya beliau sebagai seorang Negarawan Terulung.
Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan daripada Timbalan Perdana Menteri, antara yang terawal menziarahinya ialah Ustaz Fadzil Noor. Sewaktu itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu iaitu Mahfuz Omar. Rata-rata dari kalangan kami tertanya-tanya, kenapa Ustaz Fadzil ziarah Anwar? Kenapa Ustaz Fadzil beria-ria membela Anwar? Tidakkah mereka lupa Anwar adalah antara orang yang telah menzalimi PAS pada suatu ketika dahulu?
Rata-rata Pemuda PAS ketika isu Anwar dipecat melahirkan rasa marah dengan tindakan Ustaz Fadzil kerana melihat seolah-oleh melebihkan persahabatan daripada prinsip. Ibrahnya rakyat bangun dan rakyat biasa berbangga dengan sifat berjiwa besar PAS. Tindakan Ustaz Fadzil rupa-rupanya merentasi zaman. Kesannya ialah wujudnya tahaluf siyasi yang digagaskan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sekarang. Unik dan manisnya gandingan mereka.
Pemikiran Ustaz Fadzil sangat menakjubkan yang di luar daripada kotak pemikiran masyarakat biasa termasuklah pimpinan PAS itu sendiri. Beberapa tindakan beliau yang telah melahirkan rasa tidak puas hati pada awalnya, namun akhirnya keputusan atau hasil daripada tindakan itu ternyata memberikan kebaikan kepada PAS itu sendiri.
Tahap Allahyarham Datuk Fadzil tidak dinafikan mana-mana pihak dengan kelantangannya dan komitmennya sebagai memimpin sebuah Parti Islam di Malaysia yang di akhir kepimpinannya bersama komponen yang terdapat bangsa lain iaitu Cina dan India di dalamnya.
Tugas inilah yang kini digalas oleh pimpinan utama PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi di dalam membawa bahtera perjuangan dan memartabatkan Islam di dalam negara kita yang dicintai ini.
Pemimpin PAS ketika ini khususnya di peringkat pemuda iaitu pelapis pimpinan perjuangan ini agar dapat melihat akan sifat-sifat kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil yang telah berjaya merubah PAS menjadi satu wadah perjuangan yang mantap!
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment