Selagi ada syaitan dan iblis, selagi itu manusia akan sentiasa dicuba dan diselewengkan dari kebenaran. Mereka yang selamat adalah mereka yang berpegang dengan petunjuk Si Pencipta iaitu Allah Swt sahaja.
Kerana itulah diutuskan para nabi dan diturunkan Kitab dan al-Quran. Ia bukan hanya selari dengan kehendak Allah bahkan sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Apabila manusia itu memilih selainnya, maka terselewenglah manusia itu dan terjebaklah dalam perangkap syaitan serta menjadi hamba kepada hawa nafsu itu sendiri. Apatah lagi apabila ada campurtangan manusia dalam merekayasa Kitab Tuhan serta mengharamkan apa yang dihalal Tuhan atau menghalalkan apa yang dihalalNya. Punah ranahlah kehidupan manusia dan bertambahlah kesesatan.
Lihatlah apa yang berlaku disebalik gereja-gereja katolik di Amerika Syarikat bahkan di Eropah maupun seluruh dunia. Mereka menegah paderi-paderi dari berkahwin sedangkan ianya berlawan dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri.
Hari ini walaupun mereka terpaksa menanggung aib serta menimbulkan krisis keyakinan dunia terhadap gereja mereka, hakikatnya mereka terpaksa mengaku bahawa wujudnya jenayah seksual yang besar disebalik gereja dan sekolah missionary mereka.
Paderi AS bayar ganti rugi 166 juta dollar
Pater Jenderal Adolfo Nicolas, pemimpin tertinggi ke-30 dari Society of Jesus di Amerika Syarikat mengumumkan sebagai mewakili sekelompok Paderi Katolik AS akhirnya bersetuju membayar ganti rugi sebanyak USD166 juta kepada ratusan warga Amerika yang dicabuli oleh para paderi di sekolah-sekolah naungannya. Bekas pelajar di sekolah-sekolah Jesuit di lima negara bagian sebelah barat-daya AS mengatakan mereka dicabuli dari tahun 1940an hingga 1990an.
Berdasarkan penyelesaian ini, Society of Jesus Wilayah Oregon, juga akan meminta maaf kepada para mangsa. Kelompok paderi itu mengatakan pembayaran ganti rugi itu akan menyebabkan mereka bangkrap.
"Ini merupakan hari untuk renungan dan keadilan," ujar Clarita Vargas kepada pihak media. Dia mengatakan, dia dan dua biarawati dicabuli oleh seorang pastor di sekolah yang dikelola Jesuit untuk anak-anak warga Amerika di Washington. "Semangat saya terluka, dan ganti rugi ini membuat perasaan menjadi lebih baik."
Negeri itu menjalankan sekolah-sekolah di wilayah Alaska, Idaho, Montana, Oregon dan Washington. Sebagian besar mangsa adalah dari kalangan penduduk tempatan atau penduduk asli di Amerika Utara. Banyak tuduhan pencabulan terjadi di asrama-asrama dan di desa-desa terpencil. Ordo gereja Katolik itu dikatakan telah membuang para paderi yang bermasalah ke tempat-tempat pencabulan itu terjadi.
"Berapa pun jumlah wang tidak mampu mengembalikan masa kecil kami yang hilang, Suasana yang telah rosak dan keyakinan yang menghancurkan," kata jurucakap Blaine Tamaki, yang mewakili sekitar 90 mangsa dalam kes ini. Ganti rugi ini merupakan salah satu yang terbesar hingga saat ini dalam serangkaian skandal pencabulan yang melibatkan gereja-gereja Katolik.
Isu skandal seks disebalik gereja katolik ini sudah lama kedengaran. Sudah pasti manusia itu ada naluri serta keinginan nafsunya sendiri. Cuma agama mengajar supaya disalurkan mengikut jalan-jalannya yang sebenar. Jika semua pitu ditutup, akibatnya akan pecahlah nafsu yang membuak itu dan terjadilah jenayah seperti ini. Bagaimana para paderi yang mengampunkan dosa orang-ramai boleh melakukan dosa? Bagaimana orang suci yang dipercayai merosakkan masa depan anak-didik mereka dan menimbulkan trauma yang panjang. Inilah akibatnya akhirnya masyarakat mereka akhirnya meninggalkan agama dan memilih sekularisme atau menjadi atheis. Di kalangan pengikut pula, pada zahir mereka mempunyai satu isteri tetapi kehidupan mereka sebenarnya seks bebas sudah menjadi perkara normal dalam masyarakat mereka
Ini juga yang berlaku di Thailand sehingga adanya persidangan para monk dan sami-sami yang akhirnya mengambil keputusan memberi izin berkahwin demi meneruskan kelangsungan agama mereka.
Nampaknya Islam akan terus melangkah hebat dibumi AS dan Eropah sebagai penyelesai fitrah manusia dan pengisi lompang kokosongan jiwa yang kering-kontang daripada nilai insan dan sebagai penyelamat ummah dunia akhir zaman. - Ust Saiful Bahri

No comments:
Post a Comment