SEBELUM ini heboh kononnya Anwar Ibrahim dikatakan sebagai dalang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Lahad Datu Sabah.
Kali ini, portal berita Filipina mb.com.ph memetik kenyataan secara terbuka oleh Nur Misuari sendiri yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu mb.com.ph.
Nampaknya pendedahan ini menjelaskan mengapa tentera Kesultanan Sulu sebelum ini dibiarkan sahaja melepasi sempadan Sabah meskipun lengkap dengan senjata yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Malah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas. Bawa senjata merbahaya dan menceroboh sempadan dan kedaulatan negara, tapi dikatakan sebagai bukan pengganas? Rupa-rupanya ada perjanjian syaitan yang disembunyikan. - SUMBER
Menurut dari sumber web sabahkini.net bantuan baru dari Kesultanan Sulu akan datang ke Sabah, Sultan Kiram III tentu tidak akan membenarkan anaknya untuk mati di Sabah. Sejak usaha rundingan berakhir semalam, satu-satunya cara keluar bagi mereka adalah untuk melawan. Diharapkan angkatan bersenjata malaysia akan bersedia menghadapi situasi kali ini.
PASUKAN keselamatan Malaysia masih belum berjaya membawa keluar kesemua lima mayat anggotanya yang menjadi korban kumpulan bersenjata dalam kejadian pada malam semalam di Semporna. Sumber sabahkini.net - NIGEL AW
Menurut sumber rasmi portal PDRM [http://www.rmp.gov.my/] senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera di LAHAD DATU bertarikh 02/03/13 :
Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD
Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
Difahamkan bahawa kumpulan penceroboh ini telah bertindak sebagai “pengecut” dengan mengibarkan bendera putih kononnya sebagai tanda menyerah diri sebelum memerangkap anggota komando VAT69 dan melepaskan tembakan kearah mereka di Kampung Tanduo,Lahad Datu, pada 01/03/13 lalu.
Walaubagaimanapun keadaan di Semporna, Kampung Sri Jaya, Simunul dan kawasan tertentu di sabah kelihatan tenang, malam tadi selepas enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air semalam.
Untuk tetapan video KLIK LINK ->https://www.facebook.com/photo.php?v=311283825660770 [sumber : ANC News]
P/S Admin cuba mendapatkan info terkini hari ini dilaman PDRM tetapi nampaknya belum lagi update. - Salman Al Farisy
KANTOIII.....
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
No comments:
Post a Comment