tetapi apabila emak Amalina membuat kenyataan di akhbar, baru gue berkata..ooo cerita ni betul rupanya..
Klau dah soheh beritanya ..maka gua pon nak la tumpang mengumpat,mengata dan mengeji sekali..
Gua bukan nak mengata,mengumpat dan mengeji pada Amalina..tapi gue nak mengata kat mak dia,
Kalaulah mak dia duduk diam-diam tk bercakap mungkin orang ramai masih menganggap yg berita panas Amalina tu mungkin berita palsu yg direka-reka untuk memburukkan nama Amalina, tetapi sayang kuasa tuhan melebihi segalanya..
Emak yg pecahkan pekong anak,dan berita ini bukan berita palsu lagi dan telah disahkan oleh emak Amalina sendiri..maka tidak timbul la cerita ini adalah fitnah.
Zul Kulim meminta penulis blog menghentikan penyebaran berita fitnah ini,
kah kah kah..dasar mamat munafik klau cerita benar dikatakan fitnah .tapi kalau berita fitnah dikatakan berita itu benar..ciri -ciri orang munafik ini akan menerima balasanya tak lama lagi..
Berbalik kepada cerita Amalina..gue sungguh sedih terhadap Emak Amalina..sepatutnya Emak mengajar anak cara berpakain yg betul mengikut Islam tetapi sebaliknya Emak yang mengajar anak kejalan yg makin sesat.
Gue petik kata-kata Emak Amalina dibawah..
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009. sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu" Emak Amalina
Kata-kata Emak ..cuba nak coverline anak tapi sapa nak coverline mak pulak?
Kalau anak menjadi begitu kerana keputusan dirinya sendiri kira ok la perubahan tempat,budaya,pergaulan dan kita boleh memarahi anak..dan emak akan menasihati anaknya..tetapi sebaliknya Emak yg ubah anak begitu sapa yg nak nasihati anak lagi?
Gue ingat Amalina yg terkena kejutan budaya..tetapi sebaliknya Emaknya yg terkena kejutan budaya..kah kah kah kah..parah klau macam ni..
Nak tanya Mak..kalau kalerkan rambut.. sah tak mandi hadath dan sah tak ambil air sembahyang dan sah tak kalau sembahyang? sekarang mak nak salahkan facebook kerana gambar peribadi anak mak yg daring tu tersiar..sapa yg suruh anak mak sumbat gambar-gambar tu dalam FB?
Sekarang Mak nak salahkan sapa? - Sumber: CupingMerah
Apa kata anak murid sekolah emak Amalina bila guru mereka bercakap seperti ini.
Video : Panas !!! Kenyataan Nur Amalina Che Bakri Berikutan Tersebarnya Gambar Beliau Di Internet
Kenyataan Nur Amalina berikutan gambarnya yang tersebar luas di internet.Nur Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK telah memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan di rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi, Johor.
Yang jelas beliau memang tidak bertudung dan rambutnya keperang perangan.Aku malas nak ulas panjang kau orang layan je video ni dan fikirlah sendiri.
Nur Amalina: Saya Masih Melayu Islam! Benarkah?
Anda nilaikan sendiri apa dan bagaimanakah agaknya keadaan Nur Amalina Che Bakri yang menjawab kontroversinya ketika ini yang sudah pun di"skype" kan dan sudah pun di "Youtube" kan!
Pailng penting, bagaimanakah akhlaknya ketika menjawab pertanyaan dan menjelaskan keadaan sebenar dirinya ketika ini!
Tepuk dada tanyalah iman! - JALAN PULANG
Saya tetap Melayu Islam’
“Saya tetap Melayu Islam. Walaupun saya seorang yang suka berfesyen dan mengayakan pelbagai jenis pakaian, saya tetap mengutamakan batasan budaya dan agama dalam apa juga perkara dilakukan, malah tidak pernah terjebak dengan aktiviti sosial atau budaya negatif ‘mat salleh’.
“Sebagai umat Islam saya tetap bersolat lima waktu dan setiap malam Jumaat, saya membaca surah Yasin bagi mendapat petunjuk dalam pelajaran dan keberkatan hidup,” kata pelajar genius Nur Amalina Che Bakri, 23, ketika menjelaskan kontroversi laporan sebuah blog mengatakan dia seorang suka bersosial dan gagal dalam pelajaran serta pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.
Nur Amalina atau lebih manja dengan panggilan Ina, ditemuramah menerusi sidang video ‘Skype’ selama hampir 45 minit bermula kira-kira jam 5.30 petang di rumah ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di sini, semalam.
Malah, gadis pintar itu masih merendah diri dan berharap rakyat Malaysia terus menyokong dan mendoakan kejayaannya walaupun selepas penyebaran fitnah mengenainya itu.
Dalam temu bual yang dilakukan dalam bahasa Melayu, Ina meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan apa disebarkan dan jangan menghukum seseorang berdasarkan perwatakannya.
“Memang ini diri Ina yang sebenar, Ina suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah dilakukan sejak kecil lagi, mungkin timbul salah faham berikutan penampilan di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi sebelum ini kerap bertudung sedangkan di rumah atau bersama keluarga, Ina tidak (bertudung).
“Ibu Ina sendiri tidak pernah melarang hobi Ina, malah membelikan pelbagai pakaian berfesyen untuk dipakai dan tidak mungkin seseorang ibu akan membelikan pakaian tidak senonoh untuk anaknya sendiri.
“Terima kasih kepada ibu kerana memberikan didikan agama yang lengkap sebagai bekalan sebelum berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran, syukur sepanjang lapan tahun di sini pesanan itu masih kuat dan segar dalam ingatan,” katanya.
Nur Amalina berkata, berita negatif itu diibaratkan sebagai serangan peribadi yang tersebar di Internet namun sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan pada pelajaran, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya kerana sudah lali dengan tohmahan pelbagai pihak. Dia juga berharap pihak berkenaan membuang gambar disiarkan sebelum ini dan menganggapnya sebagai perkara peribadi namun disiarkan kepada umum melalui Internet tanpa kebenarannya.
Tidak mudah melatah dengan berita negatif itu, Nur Amalina sebaliknya berkata, individu berkenaan mungkin berniat baik, tetapi cara penyampaian digunakan tidak betul hingga menyentuh sensitiviti pihak lain.
“Selain itu, pihak terbabit diharap memahami maksud ‘bersosial’ dengan lebih mendalam dan berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan atau andaian.
“Jika bersosial bersama rakan untuk melepaskan tekanan, rasanya itu tidak salah kerana pada masa sama saya tetap berpegang teguh pada ajaran agama dan tahu batasannya. Saya bukannya melakukan perkara melalaikan atau terjebak dengan kelakuan negatif seperti berfoya-foya atau maksiat sedangkan sepanjang di sini saya lebih banyak meluangkan masa di perpustakaan untuk mengulang kaji. “Tidak dinafikan itu adalah gambar saya, tetapi ia dirakam ketika Ina keluar bersiar-siar dengan rakan untuk melepaskan tekanan belajar dan bagi mereka yang pernah belajar di sini, mungkin mereka faham bagaimana susahnya berada di negara asing dengan jadual padat sedangkan semua insan memerlukan rehat.
“Memang Ina terkilan selepas membaca dan melihat gambar disiarkan...mungkin itu adalah nasihat kepada Ina, tetapi jika berniat baik gunakanlah cara betul dan bukannya menyiarkan perkara berunsur negatif,” katanya.
Nur Amalina turut mengaku kerap menghabiskan masa antara empat dan lima jam setiap hujung minggu bermain luncur ais dan boling bersama rakan sekuliah. -hm
Akhirnya pelajar yang mencetuskan kontroversi, Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK baru sebentar tadi telah pun memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi, Johor.
Berikut Adalah Jawapan Nur Amalina Che Bakri Sendiri
“Kepada anda yang berada di luar sana, jangan risau, jangan bimbang, im doing fine here, terima kasih kepada semua nasihat yang anda berikan kepada amalina, saya akan jadikan iktibar dan teladan. tapi ada komen yang sedikit mencalarkan hati amalina. if you want to give me advice harap janganlah terlalu emosi hingga babitkan ibubapa, keluarga,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2005 yang memperolehi keputusan 17A1, Nur Amalina Che Bakri.
Kumpulan wartawan tempatan dari TV9, Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian, Berita Harian dan Utusan Malaysia sebentar tadi berpeluang menemubual Nur Amalina Che Bakri di rumah ibunya di Kota Tinggi, Johor bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai pelbagai tohmahan di media sosial mengenai perkembangan terkini dirinya yang masih berada di United Kingdom.
Sumber : Hazrey (Jurnalis)
No comments:
Post a Comment