Rasuk diturun, pembersihan Menara Umno bermula
Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.
GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu.
Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.
Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.
Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Kerja pembersihan
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerja pembersihan akan hanya dijalankan selepas kerja mengalih rasuk itu selesai dan jalan terlibat sepanjang satu kilometer masih ditutup kepada orang awam sebagai langkah keselamatan.
Beliau turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang terjejas dalam kejadian ribut yang melanda 21 lokasi di seluruh negeri ini semalam.
“Kerajaan negeri akan menghulur bantuan kepada rumah terjejas akibat dipukul ribut. Beberapa batang jalan terpaksa ditutup sementara waktu kerana banyak pokok dan tiang lampu tumbang,” katanya.
Kejadian itu turut menyebabkan penduduk sekitar Datuk Keramat, Kampung Jawa, Komtar dan Jalan Anson, di sini, mengalami gangguan bekalan air kerana paip bawah tanah pecah.
Petugas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Indah Water Konsortium, Majlis Perbadanan Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kerja Raya sedang memantau keadaan. ~Bernama
PEMILIK MENARA UMNO PULAU PINANG BUKAN KEPUNYAAN UMNO TETAPI MILIK SEPENUHNYA OLEH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN IAITU JKP SDN BHD.!!!!!
Rupa-rupanya menara UMNO Pulau Pinang yang antena runtuh semalam mengakibat seorang terkorban dan beberap lain cedera parah dan berpuluh kenderaan rosak bukannya milik UMNO tetapi JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman.
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP). Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.
Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat. - Kedah Kini
Nota : Kenapa bangunan milik kerajaan Malaysia boleh menjadi “Menara Umno”? Kenapa JKP Sdn Bhd begitu bermurah hati menamakannya Menara Umno?
Persoalannya juga berapa banyak bangunan kerajaan Malaysia di seluruh negara menjadi ‘hak’ Umno BN?
Rakyat punya wang tetapi UMNO ambil nama!!!!
Menara UMNO harta Kerajaan yang dijadikan harta UMNO rupanya.. Sudah menjadi lumrah bagi para penyokong UMNO untuk menganggap apa saja milik Kerajaan Malaysia itu adalah milik UMNO... malang sungguh tidak tahu bezakan harta kerajaan dengan harta parti... - @TjK...
Baca Pendedahan Panas!! : Kenapa bangunan milik kerajaan Malaysia boleh menjadi “Menara Umno"? Kenapa Tanah wakaf diwakafkan kepada wakil UMNO? [ SINI ]
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment