Tuesday, June 11, 2013

Fuuuh!!! Hajah Rosmah Tetap "Maintain"


Kelantan Tuan Rumah Tilawah Al Quran Selepas 23 Tahun
[HD] KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
SUMBER GAMBAR DI SINI

Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini.

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.

"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.

Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah.

Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi.

Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.

Umat Islam diseru cari persamaan
KOTA BHARU 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam di negara ini mencari titik persamaan walaupun mereka berbeza pendapat dan ideologi politik. Menurut Perdana Menteri, umat Islam seharusnya dapat menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat bukan Islam. [ R ]
[ NAJIB Tun Razak, Ahmad Yakob (dua, kiri) dan Jamil Khir Baharom (kiri) semasa menghadiri perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. Turut kelihatan Rosmah Mansor ]

MACAM MANA NAK CARI PERSAMAAN...CUBA LIHAT DALAM GAMBAR DI ATAS TUU
'PAKAIAN' PUN DAH TAK SAMA..?
NAK CARI PERSAMAAN PALA BANA APA ??

BERAPA KALI ORANG RAMAI NAK BAGI TAHU...' BINI NAJIB BEBAN UMNO '
TAK PERCAYA LAGI KA..?
kah kah kah

Baca Lagi Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular