8 Jun 2013 PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah stor milik Sunway Group berdekatan sebuah universiti dekat sini, ditemui mati tergantung di dalam lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira 4 pagi ini.
Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya. "Siasatan awal polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah yang mengakibatkan kematiannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan pengawal lokap sejam sebelum itu mendapati kesemua tahanan termasuk lelaki itu, berada dalam keadaan baik. Thaiveegan berkata lelaki tersebut sebelum itu diletakkan di sel tahanan yang lain sebelum diasingkan kerana mengganggu tahanan yang lain.
Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu.
Bagaimanapun, katanya, lelaki itu berjaya ditahan dan polis menahan reman ke atasnya mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah sehingga 17 Jun depan.
"Pemeriksaan ke atas pasport lelaki tersebut juga mendapati tiada rekod kemasukannya ke negara ini dan penahanannya juga bersabit kes Imigresen," katanya.
Thaiveegan berkata polis beberapa kali memanggil penterjemah dari wakil kedutaan untuk tujuan siasatan memandangkan suspek tidak boleh berbahasa Inggeris.
Beliau berkata polis telah menghubungi keluarga suspek untuk memaklumkan kejadian melalui kedutaan dan mungkin mereka mengambil masa untuk tiba ke negara sini.
"Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi dan bila dah terima, kita akan serahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini ke Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya. - Bernama
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment