Monday, June 10, 2013

SPR STANDARD KEDAI MAMAK, SILAP KIRA....HA..HA...HA.... [+ Video ]

SPR ubah dua kali keputusan penuh PRU 13
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sudah menjadi 53, 045 undi selepas diubahsuai (Corrigendum) pada 22 Mei 2013.

Sebelum diwartakan iaitu keputusan pada 5 Mei 2013 undi hilang adalah 65,286 undi manakala selepas warta pada 22 Mei 2013 adalag 53,045 undi.

Undi hilang adalah jumlah kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tong undi selepas ia dikeluarkan kepada pengundi.

"Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013," kata seorang pengundi yang membuat kajian terperinci mengenai perkara ini, Mohd Azlan Mohd Sharif.

Menurutnya, alasan tidak rasmi oleh SPR (yang diberitahu wartawan kanan kepada beliau) iaitu kerani tersalah masuk data atau salah kira akibat salah tekan kalkulator.

"Ia tidak masuk akal. Saya sedang menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu," kata Azlan dalam kenyataannya.

Bagi Azlan, membawa keluar kertas undi adalah satu jenayah seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Ia perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya," katanya dan mendakwa SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.

Sehingga kini, tujuh laporan polis telah beliau lakukan bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan 'jenayah' ini.

Menurut analisa beliau juga, undi rosak juga sudah dua kali berubah.

Undi rosak (Bagi 727 kerusi)

1) Sebelum warta (Keputusan 5 Mei 2013) = 323,353 undi.
2) Selepas warta(22 Mei 2013) = 326,668 undi
3) Selepas Corrigendum (31 Mei 2013) = 326,707 undi


Tiada alasan untuk saya letak jawatan: Wan Ahmad

BANTAHAN PKR TERHADAP SPR:

PKR pulau sidang Parlimen
SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan.

“Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan.

“Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan.

“Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.

“Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak,” katanya.

Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang.

“DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR),” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan. - SUMBER

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular