Tuesday, June 11, 2013

PANAS!!! TAKLIMAT PARLIMEN MALAYSIA DI BOIKOT!! MEMALUKAN KERAJAAN BN KAH KAH KAH..

MP Bakri wakil tunggal Pakatan ke taklimat Parlimen
Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal untuk hadir dalam sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.

Menurut Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hanya seorang sahaja ahli parlimen dari pembangkang yang hadir pada sesi taklimat tersebut iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.

"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat tersebut.

Pandikar juga menjelaskan bahawa kehadiran bagi sesi pagi ini adalah tidak wajib.

"(Sesi) ini adalah untuk Ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, ketidakhadiran ahli parlimen tersebut akan menjadikan perkara lebih rumit kerana mereka perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli parlimen. MalaysiaKini

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular