Tuesday, June 11, 2013

Janji DiCapati : Harga Exora turun hanya 0.7% - Ini lah hasil kajian terperinci BN kah kah kah

Bertahun lamanya Umno buat kajian...Dan ini adalah hasil kajian UMNO...Kah.. Kah... Kah...
Take Note !!! : Adakah itu sahaja kemampuan Umno.....

Rakyat nak turunkan harga kereta biar bayaran bulanan sewa-beli kereta berkadar rendah dan tidak membebankan rakyat....-Buletin Pakatan Rakyat

Harga Exora turun hanya 0.7% Bila nak capai akujanjii 20%-30%
Harga kereta telah diturunkan oleh pengeluar kereta. Setakat ini sepuluh jenis kereta telah diturunkan harga. Paling kecil adalah penurunan harga proton exora yang hanya turun 0.7%.

Manifesto akujanji Bn menyatakan akan menurunkan harga kereta antara 20-30 peratus secara berperingkat. Dalam kenyataan akhbar Utusan malaysai hari ini penurunan harga kereta berperingkat itu akan berlaku sehingga 2017.

Dengan penurunan sebanyak 0.7% adakah exora akan diturunkan harga secara drastik pada tahun 2014 sehingg 2017 kerana exora memerlukan 19.3% penurunan bagi mencapai akujanji 20% penurunan. Dengan harga exora sekarang RM66.762, jika diturunkan 4% pada 2014 bermakna harga exora akan menjadi 2670.48 lebih murah atau RM64.092

Pada tahun berikutnya BN terpaksa menurunkan 5% selama dua tahun berturut-turut dan pada 2017 Bn perlu meurunkan harga exora sebanyak 5.3% bagi mencapai sasaran 20% iaitu penurunan minima yang dijanjikan.

Adakah BN akan tunai akujanji?GP

NI JANJI-JANJI UTAMA PAKATAN RAKYAT :
• Menurunkan harga kereta :
Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh 5 tahun.

Saksikan Video : Fakta Dari Pakatan Rakyat

harga kereta turun
Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada dua komponen kos tambahan. Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30 peratus dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.

Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman Tony Pua membeli sebuah kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen. RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85 peratus, cukai jualan 10 peratus dan duti import sebanyak 30 peratus.

Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.

Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.

Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. Lagipun, hanya 10 peratus dari kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

Justeru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain. Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh Tony Pua membeli keretanya. Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu. Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan bermula dari RM30,000).

Sudah tentu Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu. Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.

Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian.

Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah. Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.

Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50 peratus walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka). Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.

Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

* Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi PKR. Beliau pernah mengaudit beberapa syarikat kereta. SH

Harga 10 Model Kereta Turun?
Menurut Sumber, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 .
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.

Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.

Menurut Mohamad Madani, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.

“Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.

“Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.

Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.

“Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.

“Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.

“Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara,” jelasnya. Sumber: Utusan Malaysia

tapi setahu aku ketika HONDA Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Honda Jazz Hybrid pemasangan tempatan (CKD) pada November 2012 lalu mereka telah mengumumkan ianya akan RM5,000 lebih murah berbanding model sama yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.-Anak Sungai Derhaka

Persoalan
Aku nak tahu gak, kalau-kalau ada pakar-pakar ekonomi di sini, Jika penurunan harga kereta ini dibuat secara mendadak, kerajaan mendakwa akan memberikan impak kepada indstri kereta terpakai, pengguna kereta yang sedia ada dan kereta yang masih lagi berhutang dengan bank.

Jadi, aku nak tahu secara detail, apakah impak kepada Industri kereta terpakai, maknanya kereta terpakai ni harga sama la lagi dengan interest bank yang tinggi dari 3 ke 4%

Penurunan harga kereta secara berperingkat ini sehingga 2016, apa jadi pada harga kereta terpakai pada masa itu?

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular