Satu aduan terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah oleh peguam dan keluarga N Dharmendran di ibu pejabat polis Bukit Aman.
Isteri mangsa, M S Marry berkata, kenyataan Ku Chin Wah 22 Mei lalu bercanggah dengan laporan bedah siasat dikeluarkan pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa mangsa mati akibat pukulan teruk.“Kenyataan itu jelas palsu.
Kerana pagi esoknya, saya dan keluarga telah memeriksa mayat suami dan mendapati terdapat kesan pukulan yang teruk diseluruh badannya selain kedua telinganya di-staple.“Tetapi Chin Wah mendakwa suami saya mengadu sakit dada dan mengalami kesesakan nafas pada malam itu sebelum meninggal dunia sebaik tiba di HKL.
“Laporan HKL mengesahkan punca kematian kerana pukulan ini,” katanya kepada pemberita dihadapan balai polis Bukit Aman.
Terdahulu, aduan diserahkan kepada ASP Ramia Kanapathi, wakil Unit Rekod Pengaduan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Tatatertib Bukit Aman.Turut hadir, peguam, G. Sivamalar dan Michelle; Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas serta bapa mangsa.Balu Dhamendran, M S Marry mahu ‘pembunuh’ suaminya dihadap ke muka pengadilanMarry turut mendesak Polis menjelaskan sama ada seorang anggotanya yang didakwa terlibat masih bebas dan belum ditangkap“Polis mendakwa beliau sudah menghilangkan diri.
Itu bukan alasan, kerana polis boleh mengedarkan gambar sebagai seorang paling dikehendaki,” katanya sambil menambah beliau mengenali anggota polis yang masih bebas itu.5 Jun lalu, tiga daripada empat anggota polis itu didakwa atas pertuduhan membunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga mereka ialah Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas. ~keadilandaily
Ketiga-tiga mereka ialah Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas. ~keadilandaily
Balu Dhamendran mahu tindakan terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
Balu kepada N Dhamendran mahu tindakan diambil terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kerana kenyataannya tentang kematian mendiang dalam tahanan polis.
Marry Mariay Susay merujuk kepada kenyataan Ku pada 22 Mei yang berbeza dengan laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur.
Menurutnya, Ku dilaporkan mengaitkan kematian mendiang berpunca daripada sakit dada dan sesak nafas sedangkan pakar patologi mengatakan suaminya mati akibat dipukul dalam tahanan.
"Saya dan keluarga percaya kenyataan beliau dibuat dengan niat jahat untuk menutup kes pembunuhan suami saya," kata Marry dalam aduannya kepada Bukit Aman. -malaysiakini
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment