Saturday, June 15, 2013

Tarikh Siap Projek KLIA2, MAHB jumpa "Kambing Hitam"!!


Khazanah: Penyerahan KLIA2 perlu betul
KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd mahu penyerahan lapangan terbang kos rendah baharu, klia2, dilakukan dengan betul dan untuk kepentingan awam.

Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata oleh itu tarikh penyerahan klia2 tidak dispekulasi dan menyerahkan kepada syarikat yang terlibat untuk membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Beliau merujuk laporan mengenai kelewatan penyiapan klia2 mengikut jadual bulan ini.

"Kami mempunyai anggota lembaga pengarah yang memantau keadaan," katanya pada Invest Malaysia 2013 di sini hari ini.

Syarikat yang terlibat - Malaysia Airports dan UEM Group - merupakan sebahagian daripada syarikat kumpulan Khazanah Nasional yang stabil.
MAHB ikut tarikh kontraktor siapkan KLIA2
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengumumkan tarikh pembukaan baru bagi lapangan terbang tambang murah, klia2, selepas menerima tarikh daripada pembina terminal lapangan terbang itu, iaitu syarikat usaha sama UEM Group dan Bina Puri.

Lapangan terbang ini kini sudah 90 peratus siap, dan kerja-kerja yang paling banyak perlu disiapkan ialah di bangunan terminal utama.

"Ini bukan lagi tarikh MAHB. Kami mahu tahu tarikh kontraktor. Apabila tarikh diberikan, kami akan umumkannya," kata satu sumber yang rapat dengan pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.

Usaha sama UEM-Bina Puri itu telah meminta tempoh lanjutan hingga September atau Oktober untuk menyiapkan kerja-kerja tambahan.

Sumber itu berkata landasan dan menara kawalan lapangan terbang masih belum siap. Bagaimanapun, kerja-kerja itu boleh dipercepatkan.

MAHB telah menolak dakwaan bahawa ia telah menyalahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, bagi kelewatan terbaru ini.

"Ya. Kami menyalahkan syarikat penerbangan kerana memainkan sedikit peranan dalam kelewatan-kelewatan sebelum ini, tetapi pendirian kami mengenai kelewatan terbaru ini amat jelas. Penangguhan tarikh daripada 28 Jun itu pada asasnya disebabkan oleh kontraktor," kata sumber itu.

Semalam, AirAsia meminta kerajaan menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pembinaan lapangan terbang tambang murah baru itu yang tarikh siapnya telah beberapa kali ditunda, dan menilai kemajuan semasa projek itu, bila ia akan siap dan berapa kos yang terlibat.

Pada Jun 2011, MAHB menyalahkan AirAsia, syarikat penerbangan utama yang akan menggunakan klia2, bagi kelewatan itu, disebabkan oleh permintaan AirAsia untuk menambah kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun daripada 30 juta pada mulanya.

Pengendali lapangan terbang itu juga berkata syarikat penerbangan tambang murah itu enggan menggunakan jambatan aero, dengan menyebut kos kendalian yang tinggi dan juga mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk beralih daripada sistem pengendalian bagasi separa automatik kepada yang automatik sepenuhnya.

Penyusunan semula itu telah menyebabkan penangguhan tarikh siap terminal baru itu kepada April 2013.

Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa klia2 akan dilancarkan pada 28 Jun, sama dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Bulan lepas, MAHB mengumumkan kelewatan kelima pelancaran klia2 tanpa memberikan tarikh baru.

BERITA BERKAITAN :

DAP sokong gesaan AirAsia siasat lonjakan kos KLIA2

DAP menyokong cadangan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat secara khusus kelewatan dan kenaikan kos pembinaan terminal baru KLIA2 untuk penerbangan kos rendah.

Mempersoalkan mengapa pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri

Hishammuddin Hussein "senyap seperti tikus" berhubung isu tersebut, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (kiri) menggesa menteri berkenaan supaya turut menyokong gesaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar semalam.


Aireen telah mencadangkan sebuah badan harus dibentuk, untuk menilai tiga perkara utama - kemajuan projek, tarikh siap dan jumlah kos.
"Kecuali punca sebenar kelewatan itu dikenali, AirAsia berasa mungkin terdapat lebih banyak jari yang menuding (terhadap AirAsia atau kontraktor) yang tidak akan membantu apa-apa ke arah menyiapkan projek tersebut," Aireen dilaporkan berkata.

Gesaan itu dibuat selepas Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) pada awal Mei mengakui berlaku kelewatan dalam pembinaan terminal kontroversi itu. - PKRL

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular