Friday, June 14, 2013

Pilihan raya semula di kawasan berlaku penipuan - DSAI

We will continue this struggle and we will never surrender
Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

“Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula.

“Kita tidak akan tolak ansur. Kalau (mereka) padam lampu, hilangkan peti undi, (kita) betulkan, itu tuntutan kita,” katanya di hadapan lebih 15 ribu hadirin di Himpunan Black 505 di Kelantan .
505kb2
Lebih 15,000 hadirin di himpunan ‘Black 505? Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh

Anwar berkata, selagi SPR belum dihukum, rakyat tidak akan bertolak ansur dan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 22 Jun depan sebagai manifestasi kemarahan rakyat.

“Rakyat bukan hamba, rakyat punya hak, bagaimana nak suarakan? Najib takkan dengar, Umno juga tak nak dengar, bekeng (ganas), agah (sombong) tak tentu pasal.

“Sebab itu 22 haribulan ini kita berhimpun. Ini peluang terbaik untuk rakyat suarakan secara aman dan teratur. Kita nak betulkan keputusan pilihan raya di Padang Merbok,” tegas Anwar. - KeadilanDaily

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular